Rangkaian wangian uniseks popular Calvin Klein, CK One menambah koleksi wangian terbaru yakni CK One Gold yang bakal dilancarkan Ogos ini. Haruman terbaru ini diinspirasikan daripada mitos King Midas yang berupaya menukarkan semua yang disentuhya menjadi emas. Di sebalik simbolik emas yang diterapkan, Calvin Klein menyampaikan mesej kepada si pemakai agar tampil lebih outstanding, bergaya dan bold.
Nota CK One Gold menampilkan gabungan kuasa kedua-dua jantina, kesegaran dan bertenaga yang dicapai melalui kombinasi fig, bergamot dan sage. Nota bunga neroli, violet dan jasmine sambac pula menjadikan setiap semburan harum bak bunga mekar. Diakhiri dengan nota vetiver, guaiac wood dan patchouli yang menaikkan lagi aroma sensual pada si pemakai.