Video Music Awards (VMAs) 2016 menobatkan ikon muzik dan fesyen, Rihanna sebagai pemenang anugerah Michael Jackson Vanguard Award. Rihanna menerima anugerah tersebut dalam gaun emas rekaan Alexandre Vauthier dan kelihatan anggun dengan gaya rambut slicked-back. Anugerah ini juga dikenali sebagai Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat yang mengiktiraf hasil kerja artis yang mengubah atau memberi impak dalam industri muzik.
Rihanna yang tidak pernah takut bergaya sering dilihat mengenakan pelbagai jenis fesyen tanpa mengira trend semasa. GLAM kumpulkan gaya karpet merah Rihanna di setiap VMAs yang dihadirinya: