Day Dream with Tous - Glam Malaysia

Day Dream with Tous

Oleh:Nur Sofea
 
Untuk koleksi baru musim luruh/sejuk 2016/17, Tous memperkenalkan koleksi ikonik dari jenama itu, Day Dream. Koleksi Day Dream itu telah diolah untuk disesuaikan dengan trend hari ini. Koleksi Day Dream menjadi simbol kepada gaya tradisional dan warisan Tous Jewelry yang diberi nafas baru.
 
Icon Mesh

Direka dalam dekad 90-an, koleksi ini melambangkan kemodenan Tous Jewelry. Aksesori ini snagat ringan dan ia merupakan koleksi yang timeless dari jenama ini. Icon Mesh merupakan item must have Tous Jewelry.
 
[soliloquy id=”51630″]
 
Icon Pave

Koleksi dari bentuk beruang, tulip, hati dan bintang yang ditaburi berlian dan permata ini direka untuk meningkatkan lagi koleksi dari Icon ini. Gabungan dari berlian dan permata ini pertama kali digunakan dalam koleksi “Oso Bubble”. Koleksi aksesori ini boleh didapati dalam pelbagai saiz dengan kemasan emas kuning dan taburan batu nilam dalam diameter yang berbeza-beza.
 
[soliloquy id=”51681″]
 
Icon Pearl

See also
All The Beauties At Oscars 2020 Red Carpet

Koleksi Icon Pearl ini diilhamkan dari koleksi aksesori Oso Perla, salah satu produk top seller jenama itu sejak 1995. Koleksi “back to our roots” ini mengembalikan semula kegemilangan aksesori mutiara ang mewakili purity and innocence.
 
[soliloquy id=”51709″]
 
New Color

Bentuk beruang menjadi simbol ikonik untuk jenama ini sejak 2006. Untuk musim luruh/sejuk ini, Tous telah mereka semula aksesori dari koleksi ini dengan menambahkan batu permata dari warna yang terang.
 
[soliloquy id=”51714″]
 
Lio

Rekaan elegan pada aksesori ini sesuai dengan gaya wanita urban sekarang.
 
[soliloquy id=”51720″]