Kerlipan Diva Baru Di Bulgari - Glam Malaysia

Kerlipan Diva Baru Di Bulgari

Oleh: Nur Sofea
 
Bulgari menambah rekaan baru dalam koleksi Dream Divas’ 2016 sempena tanda penghormatan kepada seni Rome dan juga untuk wanita. Rekaan terbaru dari Bulgari itu membiaskan rasa yang setiap wanita diberi peluang untuk hidup dalam mimpi yang indah.
 
The Essence of Chic

Menggabungkan emas merah jambu dan potongan berlian sempurna untuk menghasilkan set gelang, anting-anting, kalung dan cincin. Rekaan yang sama boleh didapati dalam emas putih pada set cincin dan anting-anting.
 
[soliloquy id=”50736″]
 
The Sensual Sophisticate

Rekaan kalung emas ditaburi dengan batu nilam merah jambu dan berlian memberikan aura sensual kepada si pemakai manakala rekaan kalung dengan emas putih pula ditaburi dengan batu zamrud dan berlian memberikan rasa mewah kepada si pemakai. Rekaan kalung ini diilhamkan dari reka bentuk tali leher yang diolah kepada gaya lebih feminin.
 
[soliloquy id=”50746″]
 
A Modern mystique

Direka untuk memenuhi citarasa wanita yang berkeyakinan tinggi dengan rekaan bentuk gelang moden yang menggabungkan malachite dan mother-of-pearl. Dipadankan dengan rekaan kalung yang menggabungkan malachite dan berlian memberikan aura wanita free-spirit.
 
[soliloquy id=”50753″]
 

See also
Pengakuan David Beckham Tentang Victoria Beckham