Ikon Fesyen: Sienna Miller - Glam Malaysia

Ikon Fesyen: Sienna Miller

Sienna
 
Boho Chic

Terkenal dengan lenggok gaya Bohemian. Wanita berambut perang ini sememangnya dikaitkan dengan paduan gaya gipsi ala 70-an. Jelasnya, fesyen stail seperti ini melambangkan dirinya seorang berjiwa bebas nan bersahaja. Malah, dia turut mempraktikkan gaya hidup cukup ringkas.
 
Ratu Filem

Pada 1984, dia menghasilkan debut musikal bersama bapanya menerusi lagu Lemon Incest. Selepas dua tahun kemudian, dia berjaya mengeluarkan sebuah album Charlotte for Ever menerusi syarikat rakaman bapanya. Terkini, Charlotte menghasilkan lagu tema bagi filem Nymphomaniac yang turut dilakonkan olehnya sebagai watak utama.
 
Semarak Fesyen

Cintanya terhadap dunia fesyen tidak pernah terpadam. Pernah terlibat dalam menghasilkan koleksi kapsul bersama Pepe Jeans. Malah, setiap idea kreatifnya disatukan dalam label fesyen yang dimilikinya. Bergelar Twenty8Twelve hasil kolaborasi bersama kakak kesayangan, Savannah pada 2007. Petikan nama Twenty8Twelve diambil sempena tarikh hari kelahirannya.
 
sienna miller
 
Wanita Idaman

Memiliki wajah cantik umpama suatu anugerah. Hingga kini dia masih kekal menjadi wanita kegilaan sang jejaka. Malah, dia pernah tersenarai dalam 100 wanita paling seksi di dunia oleh majalah FHM dan mendapat tempat kedua atas undian bagi gelaran ‘Top 99 Most Desirable Women’ di laman Askmen.com.
 
Aktiviti Amal

See also
Cheongsam Moden Untuk Sambut Tahun Lunar 2021

Dipilih sebagai duta antarabangsa bagi Organisasi International Medical Corps. Kembaranya bersama aktivis perbadanan ke Congo pada April 2009 membuatkan hatinya untuk menulis pengalaman istimewa di blog miliknya. Malah, dia turut menjadi wajah duta bagi Starlight Children Foundation yang membantu kanak-kanak berpenyakit kronik termasuk ibu-bapa.
 

London, UK . Sienna Miller  at The Serpentine Gallery Summer Party at Kensington Gardens London. 6th July 2016  Ref: LMK392-60819-070716 Vivienne Vincent/Landmark Media.  WWW.LMKMEDIA.COM.  Photo via Newscom