10 Soalan: Salamiah Hassan - Glam Malaysia

10 Soalan: Salamiah Hassan

Salamiah

Gambar: Arkib GLAM


 
Penghibur evergreen negara ini punya keunikannya yang tersendiri. Klasik dan kualiti! Mula berkecimpung dalam industri seni suara seawal tahun 1971. Bakal mengeluarkan album terbaru dengan menampilkan kompilasi lagu yang diberi sentuhan baru, kini Salamiah Hassan masih aktif dalam membuat persembahan untuk majlis-majlis korporat juga diterbangkan keluar negara atas undangan nyanyian.
 
1. Momen terbaik?

Tiada yang lain, tepukan gemuruh langsung standing ovation dari penonton sebaik mengakhiri persembahan. Lebih-lebih lagi pabila mendendangkan lagu Greatest Love of All yang penuh emosi.
 
2. Kebahagiaan sempurna adalah?

Menghabiskan masa terluang bersama insan tersayang kerana masa yang saya ada agak terhad dek undangan nyanyian yang padat.
 
3. Kongsikan kenangan manis?

Sewaktu memenangi persembahan terbaik di ABU Golden Kite World Song Festival pada tahun 1984.
 
4. Lagu yang jalan ceritanya mirip dengan kehidupan anda?

Lagu hasil ciptaan Aubrey Suwito, ‘Aku’ punya jalan cerita yang mirip kehidupan saya.
 
5. Bacaan kegemaran?

See also
LIVE STREAMING : Bottega Veneta Fall/Winter 2020

Bahan bacaan yang punya kisah sebenar kerana dapat memberikan inspirasi dan motivasi kepada diri. Antaranya, naskah biografi Oprah Winfrey dan Tina Turner.
 
6. Yang hebat mengenai wanita?

Women are stronger than men. Daripada anak dalam kandungan langsung melahirkannya. Wanita punya peranan dan tanggungjawab yang berterusan.
 
7. Aging gracefully atau sebaliknya?

Saya tidak pernah khuatir dan takut pada usia. Umur senantiasa meningkat. Just be happy, don’t sweat the small stuff! 
 
8. Antara helaian penting dalam gerobok?

Persalinan tradisional seperti baju kurung Johor. Keep it simple and comfortable. 
 
9. Tidak boleh hidup tanpa?

Vitamins, madu, limau nipis, apple cider and my four cats! 
 
10. Punya masalah OCD?

Bila melihat lantai bilik air basah dan kotor. There is no such things as tandas Melayu.