Ikon Fesyen: Linda Evangelista - Glam Malaysia

Ikon Fesyen: Linda Evangelista

T35131066_Max
 
Idola Wanita

Penghias majalah lebih daripada 7oo halaman. Linda Evangelista merupakan peragawati kelahiran Kanada paling terkenal sekitar era 90-an sehingga diangkat sebagai “The greatest supermodel of all time” oleh Fashion File pada 2008. Digelar ‘Chameleon’ dalam industri fesyen kerana kepelbagaian penampilannya.
 
The Trendsetter

Saat mengambil keputusan membuat potongan rambut pendek bob dia ternyata kurang disenangi oleh industri fesyen pada ketika itu. Sebanyak 16 pertunjukan fesyen untuknya dibatalkan. Namun, ilham potongan rambut Linda dipilih sebagai gaya terkini.
 
dl-2
 
Perkembangan Karier

Bukan berasal dari keluarga berada, Linda Evangelista dibesarkan oleh keluarga Katolik Rom di St Catharines. Dia mula menjinakkan diri dalam dunia peragaan di sekitar kawasan kediamannya sebelum menyertai pertandingan Ratu Cantik Miss Teen Niagara. Walaupun nasib tidak menyebelahinya, kehadirannya disedari wakil Elite Model Management.
 
Penggiat Aktivis

Ikon untuk kempen Viva Glam bagi kutipan dana M.A.C AIDS ini merupakan penerima anugerah VH1’s Fashio Awards Lifetime Achievement paa 1996 serta World Style Icon untuk Women’s World Awards di Germany. Dia mendapat pengiktirafan apabila namanya terlakar di bintang Canada’s Walk of Fame di Toronto.
 

tumblr_njtd2mA8GY1ruv2dgo1_1280

Linda bersama Karl Lagerfeld


 
Paling Professional

See also
SANDRO Merai Kempen Musim Luruh/Sejuk 2022: BELIEVE

Tuah masih menjadi milik Linda walaupun dia hampir berputus asa dalam bidang peragaan hanya kerana pengalaman buruknya di Jepun. Seawal usia 19 tahun, wajahnya memasuki pasaran antarabangsa dan bergelar peragawati kelas pertama. Karl Lagerfeld menyifatkan dia paling professional hingga tiada seorang peragawati mampu menandinginya.