Terdahulu membawakan Bubba Gump, Gyu-Kaku dan Morelli’s Gelato, Nadia melangkah setapak ke hadapan mara membina empayar gastronominya yang tersendiri. Bertemakan pastri dan kopi, wanita ini tampil memperkenalkan restoran terbaru dengan Dotty’s. Kala bercerita mengenai busana dan fesyen, dia senantiasa mendahagakan himpunan daripada Dior sejak di bangku sekolah. Juga meminati Stella Mccartney, Rick Owens dan Rizalman Ibrahim buat pereka tempatan.