Hadiah Perkahwinan Selebriti Termahal Di Dunia - Glam Malaysia

Hadiah Perkahwinan Selebriti Termahal Di Dunia

02F02353

Gambar: INGimage


 
Sebut sahaja mengenai perkahwinan selebriti atau orang ternama pasti yang terdetik di fikiran adalah kemewahan majlis yang dilangsungkan. Cincin berlian sudah menjadi kemestian dalam menjadi simbolik sesebuah ikatan suci itu. Namun ada sesetengah selebriti atau kerabat yang menghadiahkan pasangan mereka dengan rumah agam, kereta dan banyak lagi.
 
GLAM senaraikan 5 pasangan ternama dengan hadiah perkahwinan termahal dunia.
 
Putera Williams & Kate Middleton (Set Haruman Clive Christian)
 
Kate Middleton wedding

Gambar: Arkib GLAM


 
Set haruman Clive Christian dirujuk sebagai haruman temahal dunia oleh Guiness Book of Records. Clive Christian merupakan seorang pereka perabot dari British yang dikategorikan sebagai pereka kelas A. Dia membeli sebuah syarikat haruman terkenal era Victoria yang mana haruman itu merupakan haruman kesukaan Ratu Victoria. Haruman tersebut bernilai $2,350 untuk 1 aun dan hadir di dalam kotak dengan 24-karat emas dan 5-karat berlian. Ketika dua kerabat diraja ini melangsungkan perkahwinan, Christian mempersembahkan kepada mereka edisi perfume miliknya.
 
Brad Pitt & Angelina Jolie (Jam Tangan Bernilai $3juta USD)
 
T66623289_2M

Gambar: TPGimage


 
Pasangan merpati dua sejoli ini turut tidak ketinggalan dalam menghadiahkan hadiah mewah kepada pasangan. Jolie telah membelikan mesin taip Ernest Hemingway kepada Brad. Pada awalnya, Jolie mahukan mesin taip rekaan Tennessee William namun pengumpul dan pesuruhjaya polis L.A, Steve Soboroff tida mahu menjual mesin itu. Kemudian, Jolie mendepositkan cek bernilai $11,ooo USD dan memilih Hemmingway. Jolie meminta pesuruhjaya polis tersebut menerima cek berkenaan tetapi Steve memulangkan semula cek tersebut kepada Jolie. Jolie turut menghadiahkan Brad sebentuk jam platinum Patek Phillippe yang bernilai $3juta USD.
 
George Clooney dan Amal Alamuddin (Rumah Agam di Negara Inggeris bernilai $5 juta USD)
 
ClooneyAmalWeddingRing

Gambar: Arkib GLAM


 
Pasangan ini melangsungkan perkahwinan di Venice. Sejurus selepas perkahwinan pasangan ini, khabar angin berterbangan menyatakan yang pasangan ini berbulan madu di sebuah pulau eksklusif. Kemudian, tersebar pula berita Clooney membeli sebuah rumah di Sonning, perkampungan berdekatan Sungai Thames di Berkshire. Rumah agam itu dianggarkan bernilai $5 juta USD.
 
Tom Cruise dan Katie Holmes (Jet Peribadi Gulfsman bernilai $14 juta-$20 juta USD)
 
Tom Cruise And Katie Holmes - Wedding Day

Gambar: Arkib GLAM


 
Tom menghadiahkan cincin pertunangan bernilai $275,000 kepada Holmes dan selepas itu, Tom turut menghadiahkan sebuah jet peribadi  dengan anggaran bernilai $14 juta hingga $20 juta USD. Namun setelah pasangan ini bercerai, tiada informasi lanjut mengenai jet tersebut.
 
Putera Mahkota Abu Dhabi (Stadium Perkahwinan bernilai $22 juta USD)
 
Mohammed and Salama

Gambar: leftos.com


 
Ketika Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed Bin Zayed Al Nahyan mengahwini Puteri Salama pada tahun 1981, bapanya, pemerintah Dubai bersetuju untuk menghasilkan lokasi perkahwinan anaknya itu. Namun lokasi itu tidak seperti yang dibayangkan. Lokasi perkahwinan itu adalah di sebuah stadium kustom yang mempunyai 20,00 kerusi. Perkahwinan kerabat diraja ini juga menelan belanja sebanyak $100,000,000. Perkahwinan ini juga turut tersenarai di dalam senarai Forbes ‘Billionaire Weddings.’
 
Sumber: EH!

See also
Busana Pengantin Bar Rafaeli