Trend Cantik 2016 - Glam Malaysia

Trend Cantik 2016

T65864000_Max

Gambar: Arkib GLAM


 
Debat kian diteruskan sama ada solekan bare face atau solekan penuh statement yang menjadi trend cantik untuk tahun 2016. GLAM kongsikan ramalan cantik untuk tahun 2016.
 
In
Play with glitters!

Jangan takut dengan solekan penuh glitters. Oleskan pada mata juga bibir mengikut kesesuaian solekan siang ataupun malam. Don’t over do it. Pilihan kami, pastinya rona emas!
 
Glamor teknik strobing

Lupakan kontur wajah, fokuskan pada highlighter untuk solekan wajah yang lebih segar dan mempesona.
 
Warm Bronze Hair Colors!

Ubah warna rambut kepada rona yang lebih elegan. Kemewahan rona hangat coklat perang mampu menonjolkan sisi wajah lebih sempurna. It’s perfect for all skin tone!
 
Out
No more overdrawn lips

Helah bibir tebal kini sudah bermacam-macam. Tak perlu lukis outline melebihi garis bibir lagi. Guna gloss kemilau untuk efek bibir tebal dan empuk.
 
Don’t overdo the waves

Tinggalkan gaya rambut kerinting bagai di set untuk ke majlis prom! Biarkan rambut anda digaya bersahaja. Tampilkan gaya rambut loose curl seksi ibarat baru bangun tidur.
 
Solekan kontur yang ketara?

See also
Mempersembahkan Mercedes- Benz Generasi Baru

Tidak! Teknik konturan yang melampau boleh membinasakan foto anda. Lapiskan dengan hanya sedikit dua rona bedak asas ini dan kemudian satukan dengan tenik blend untuk mendapatkan hasil yang sangat natural namun masih tampak berdefinisi.