"Ibu menjadi penyokong setia cita-cita seni saya"- Cristina Suzanne - Glam Malaysia

“Ibu menjadi penyokong setia cita-cita seni saya”- Cristina Suzanne

Konsep & Penata Gaya:

Cheah Wei Chun Clanhouseonline.com

Gambar: Bustamam Mokhtar white studio

Dandanan: olivia ooi

Solekan:Sheng Saw Shengsaw.com Menggunakan laura mercier

Penyelaras:AIZAT AIDID
 
CRISTINA
 
Walau sudah mula bergiat aktif dalam arena seni lakon sejak remaja lagi, Nama Cristina Suzanne tidaklah sepopular aktres-aktres lain. Mungkin kerana kecenderungannya membintangi filem-filem independent? Atau mungkinkah kerana dia tidak pernah ambil pusing dengan penampilannya di mata ramai?
 
Memahami selera umum yang majoritinya memuja bintang yang berimej all done up, Cristina Suzanne Stockstill, 29, may not be everyone’s favorite girl. Tapi dengan kemenangannya di Anugerah Skrin tahun lepas sebagai Pelakon Wanita Terbaik untuk kategori filem, nasibnya bakal berubah.
 
Berfesyen Untuk Diri Sendiri

Pertama kali bersua muka dengan Cristina, saya tahu dia bukan seperti yang lain. Tutur bicaranya ikhlas, tidak disekat-sekat. Apa sahaja yang terlintas dalam kotak fikirannya, meluncur laju ke mulutnya seperti bertih jagung. Duduknya pula kerap beralih, tangan asyik memperbetulkan rambut. Awkward. Walau tampil tanpa secalit makeup, kecantikan semula jadi Cristina tetap menyerlah. Tanpa perlu kanta lengkap, tiada bulu mata palsu. Malah dia amat rugged berkemeja camouflage, skinny jeans lusuh dan sneakers. With her messy out-of-bed hair, Cristina seems relaxed in her own skin.
 
“Beginilah pakaian saya pada hari-hari biasa. Bila baju yang disarung menyelesakan, kita pun rasa lebih yakin. Saya suka fesyen. Apa saja yang ringkas, pastel dan tidak terlalu busy. Lihat saja Alexa Chung. Caranya amat bersahaja. Tapi kerana itu jugalah dia nampak cooler dari biasa.” Dari sisi lain pula, Cristina sebenarnya meminati gaya penampilan Kate Middleton selain turut teruja pada rekaan Raf Simmons di Dior. Namun begitu, Cristina mengakui yang dia tidak terlalu ambil pusing fasal jenama asalkan elok di matanya. “Kita seharusnya berfesyen untuk diri sendiri dan bukannya kerana orang lain.”
 
Menyentuh mengenai penampilannya di malam Shout! Awards, Cristina membuatkan orang berpaling dua kali apabila dia tampil super chic dalam dress putih Nurita Harith. Walau pulang dengan tangan kosong, gayanya pada malam itu menjadi bualan ramai. Majlis Anugerah Skrin seterusnya, kali ini rezeki berpihak kepada aktres berkenaan apabila namanya diumumkan sebagai Pelakon Filem Wanita Terbaik menerusi filem KIL yang dilakonkannya bersama Redza Minhat. Cristina akhirnya menjulang trofi sulungnya. She claimed her fame in the most stunning Nurita Harith gown. “Rekaan Nurita sungguh moden. Sofistikated, classy… paling penting simple dan selesa. It fits my personality perfectly!” kata Cristina gembira.
 
“Walau pun orang sudah mulai mengenali saya, tapi sejujurnya saya tak pandai nak maintain ‘bersiap’ sepanjang masa. Kalau tak ada acara tertentu, saya tidak akan berdandan atau bersolek. Lagi pun saya bukan macam kebanyakan orang lain – makeup cantik-cantik kemudian post gambar selfie setiap hari. Hmm… tak boleh lah! That’s just not me!” ujar Cristina sambil mengajuk gaya orang mengambil gambar sendiri menggunakan telefon pintarnya. Sesungguhnya dari lagak gayanya, Cristina seperti tidak menyedari akan aset yang dimillikinya persis model. Wajah Pan-Asia aktres berkenaan sememangnya komersial. Ia disempurnai dengan fizikalnya yang langsing, tinggi lampai.
 
Aktres Filem Terbaik

See also
Merai Tetamu Penuh Gaya

Rak penuh bergantungan dengan koleksi musim bunga Miu Miu dan saya kira tiada siapa yang lebih layak untuk menyarungnya selain Cristina. Quirky dan penuh personaliti, elok sangatlah untuk aktres berkenaan yang rangka tubuhnya yang kurus melidi. Dalam kelam-kelibut mahu menyelesaikan penggambaran secepat mungkin, saya memberitahu Cristina yang pada tengah malam nanti saya ada penerbangan ke Dallas, Texas. Mata bundar Cristina tiba-tiba bercahaya. “Texas? Really? Bapa saya bekerja di sana bersama Exxonmobil!” beritahu Cristina mengenai bapanya yang berbangsa Jerman.
 
Dek kerana tugas bapa, dulu Cristina sekeluarga selalu berpindah randah dari Kuantan hingga ke pelbagai lokasi luar negara seperti Nigeria sampailah ke Papua New Guinea. “Sekarang ibu ambil keputusan untuk terus menetap di Kuantan. Bapa hanya pulang tiga kali dalam setahun dan cuti sebulan setiap kali. Jadi kebiasaannya, ibulah tempat kami adik-beradik mengadu. My mother is a strong woman. Dia jugalah yang menjadi penyokong setia cita-cita seni saya. Malah ibu yang menyuruh saya mencuba nasib dalam program realiti, Pilih Kasih setelah ternampak iklannya di kaca televisyen. Berkat izin ibu, saya terpilih,” ujar Cristina tersenyum simpul.
 
Memang sejak dari kecil lagi dia sudah bermimpi mahu jadi pelakon. Bukan kerana glamor, tapi keinginannya ikhlas bagi memuaskan jiwa seninya. Maka sebaik remaja, Cristina mula mengasah bakat lakonannya sebelum ditawarkan sebilangan produksi teater, drama dan filem. “Erma Fatima gave me my first big break melalui drama Cermin Pada Bulan. Dari situ saya mula mulai bersemangat mahu menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya utama. Impian saya hampir pasti,” ujar peminat Al Pacino ini yang juga penggemar trilogi The Godfather. Namun sayang sekali, bintangnya kurang terserlah. Dalam usaha mencari matlamat hidup, Cristina mengambil keputusan menjadi paramugari kerana dia mahu melihat dunia.
 
Rutin kerja yang membosankan membuatkannya berfikir dua kali. Cubaan kali keduanya adalah program realiti yang disebutkan tadi. Menggunakan nama pentas, Kris Cempaka, dia walaubagaimana pun tersingkir lebih awal. Hikmah disebaliknya, pelepasan awal memberi peluang kepada produser lain untuk memancing bakat Cristina. Ada yang menyedari akan potensinya. Maka dari pelakon picisan, bakat Cristina Suzanne digilap hingga cukup bersedia memegang watak heroin utama. “Saya mahu mencuba beraneka watak. Pernah saya memegang karakter wanita bertudung dalam Bicara Hati. Dan selepas itu, saya asyik menerima tawaran yang lebih kurang sama saja. Bukannya apa… saya enggan menjadi pelakon stereotaip yang asyik membawa watak lebih kurang sama sahaja. Saya mahu kepelbagaian.”
 
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Sebagai pelakon yang baru mahu menapak dalam industri perfileman tanahair, kemenangannya sebagai Pelakon Filem Wanita Terbaik, langsung tidak dijangka. Cristina berjaya mengetepikan aktres-aktres hebat lain seperti Nora Danish dan Lisa Surihani. “Siapa sangka ya? Saya sendiri bagaikan tidak percaya bila nama dipanggil. Kemenangan ini membakar semangat saya untuk menjadi lebih baik. Terima kasih saya tentu sekali kepada ibu yang tidak putus-putus meniupkan kata-kata perangsang agar saya tidak putus asa. I owe it to her.
 
CRISTINA 3
 
Tidak Mahu Jaja Kisah Peribadi

See also
Most GLAM 2017: Dahlia Nadirah

Kisah peribadi Cristina Suzanne agak jarang dijaja oleh media elektronik apatah lagi media cetak. Mungkin kerana sikapnya yang amat reserve dalam hal-hal sebegini, sampaikan setiap kali diaju soalan mengenai teman lelaki, cinta dan perkahwinan – mulut Cristina sepertikan terkunci. Kebetulan, sehari sebelum penggambaran, berita mengenai Cristina putus tunang sudah memjadi bahan perbincangan di blog-blog hiburan. Walau disoal berkali-kali, Cristina tetap bermain serkap jarang. Namun dia melempiaskan rasa tidak puas hatinya bila ada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar-gambar peribadinya yang tidak sepatutnya dikongsikan bersama umum.
 
“Pernah saya membuka kisah peribadi untuk dikongsi ramai. Namun bila tak menjadi, kesannya berbalik kepada saya – seperti saya sendiri yang membuka pekung di dada. Jadi sekarang ini saya biarkan saja kalau orang mahu buat sebarang spekulasi. Pada saya, apa jua hal peribadi saya mahu terus berahsia. Kalau pun umum mahu bercerita, saya harap hanya mengenai drama atau filem saya sahaja. Baik buruk saya terima,” kata Cristina meminta pengertian.
 
Kalau tidak berada di lokasi penggambaran, Cristina selesa duduk rumah. “Jika tak ke mana, saya gemar sendirian. Memenuhi masa melukis, ditemani good music… saya kira itu adalah hari yang paling sempurna bagi saya,” kongsi Cristina yang turut meminati fotografi selain melakukan kerja-kerja freelance sebagai artis grafik di masa lapangnya. Tambah Cristina, “Saya ada berkongsi muzik dan ilustrasi dalam akaun Tumblr peribadi. Ada kartun budak perempuan yang sesekali muncul dalam rangkaian ilustrasi lukisan sendiri. She’s weird. Just like me.
 
Bercakap mengenai masa depan, Cristina tidak mahu menaruh harapan terlalu tinggi baik dalam bidang kerjaya atau perkara peribadi. Dalam kepalanya, Cristina hanya mahu mengasah skil lakonannya agar lebih mantap selain memberi fokus kepada tiga filem yang bakal muncul sekitar tahun ini. Judulnya adalah CEO, Jwanita dan Tujuh. “Ya, paling penting usaha tanpa henti. Saya tak mahu terlalu berkira dalam membuat percaturan hidup. Cabaran ada di mana-mana kerana life itself is a beautiful struggle. Lebih indah lagi kalau kita ikutkan saja ke mana hidup ini membawa kita pergi. Because suprises are always a good thing…”
 

See also
The Ultimate Essential For Your Skin