40 Fashion A-List GLAM
Oleh: Zuhairie Sahrom, Amira Azman, Azza Farhana, Elisa Haida
Gambar: Arkib GLAM, TTFGA, Cosmopolitan September 2014, Verve Studio
Pentas sosial Kuala Lumpur memang meriah gaya. GLAM menyenaraikan 40 wanita high society paling fashionable yang menjadi penyeri setiap acara kota!
1. Fyza Kadir
Mula menghirup udara kemasyhuran sebagai pelakon. Fyza kini sibuk dengan jadual harian dan turut memenuhi jemputan ke majlis-majlis dan acara fesyen di sekitar ibu kota. Penampilannya ke majlis dinanti-nantikan!
2. Kim Raymond
Gaya high street style wanita ini seringkali dijadikan panduan orang ramai. Cukup obses pada jenama Chanel, dia memiliki beg tangan Chanel hampir semua koleksi sehinggakan memakan ruang walk-in-closet miliknya.
3. Datin Lynda Rahim
Persalinan ratu sehari menjadi tunjang bisnes wanita ini. Lynda percaya semua wanita yang mahu menjadi ratu pada hari persandingan dambakan dress princessy dan dreamy.
4. Yiu Lin
Pengasas dan pemilik ShoesShoesShoes dan Klutched sentiasa menampilkan gaya chic dan feminin dalam setiap acara yang dihadirinya.
5. Debbie Goh
Mula menempa nama apabila dinobat sebagai Miss Malaysia Chinese International 1999. Pelakon juga peragawati ini antara bintang tanah air yang berjaya menembusi pasaran dunia perfileman antarabangsa, dia sentiasa tampil sotisfikated kala menghadiri majlis-majlis glamor.
6. Lexie Rodriguez
“I follow trends but mix it up with my personal style. Karakter itu penting dalam merias diri. You should be wearing them, bukannya mereka yang mendominasi anda!
7. Atikah Karim
Mengikat kontrak bersama Soul Artist Management di New York, Major Models di Milan dan 3MModels. Fesyen baginya bebas. kembaranya ke luar negara banyak mematangkan seleranya dalam mengekspresikan diri.
8. Elyna Effendi
Seorang usahawan, sosialit juga Pengarah Eksekutif di FE2 Productions, wanita ini bijak membahagikan masa terhadap kerjaya dan keluarganya. “Wanita harus berhenti bersaing menjadi setanding lelaki. Jadi sahaja diri sendiri.”
9. Fatiha Sharif
Dia adalah wanita dalam industri lelaki. Menjawat jawatan selaku Pengarah Eksekutif Jualan dan Pemasaran di Asturi Metal Builders. Fatiha berani menyarungkan helaian couture dan avant garde kala menghadiri majlis-majlis fesyen di kota.
10. Datin Dian Lee
Ibu kepada tiga cahaya mata dan seorang usahawan. Berwibawa tinggi langsung dikenali kerana mementingkan gaya hidup sihat dan aktif. Membuka perniagaan yang bercirikan kesihatan dengan menubuhkan syarikat The Clearwater Group dan perkhidmatan makanan sihat, Healthy Ever After juga pusat kesihatan, Be Urban Wellness.
11. Nadia Nasimuddin
Dia terkenal kerana menerajui perniagaan keluarga dalam sektor f&b kala usia masih muda. Hari ini empayar Nadia Nasimuddin semakin berkembang. Obses fesyen dia turut memiliki perniagaan fesyen yakni menawarkan jenama fesyen serba mewah di laman sesawang www.portluxe.
12. Shawna Yap
“Identiti saya adalah memakai barangan kemas Van Cleef & Arpels. Rekaannya moden dan klasik sentiasa menawan hati.”
13. Scha Al-Yahya
Pelakon, pengacara juga menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan isteri. Berbicara soal ilham dalam berfesyen, baginya alunan muzik yang dimainkan kala bersiap menjadi pencetus gaya hariannya selain gemar membelek majalah dan blog fesyen.
14. Rozita Ajmain
Kebijaksaannya menguasai dunia pengurusan aset menjadi inspirasi. Selesa dengan penampilan tidak terlalu feminin, Rozita punya selera tinggi terhadap jam tangan. Antara JENAMA yang dikumpul adalah Roger Dubuis, Rolex dan Richard Mille.
15. Datin Seri Zahida Yusof
Bekas pramugari penerbangan MAS, isteri kepada lelaki berdarah diraja ini hebat dalam berfesyen. Gaya feminin, klasik dan timeless menjadi pelengkapnya tiap kali keluar bersama suami ke majlis rasmi.
16. Sarah Lian
Pelakon, pengacara dan model ini ramah dan disenangi teman sekeliling. Walau usia sudah mencecah 30-an, penjagaan wajah dan badan tidak diabaikan. berbicara soal fesyen, Rihanna menjadi ikonnya, bukan kerana gaya, namun keberaniannya yang menjadi inspirasi wanita ini.
17. Datin Ezurin Yaacob
Penampilannya sentiasa menjadi tumpuan kerana empunya diri sentiasa dibaluti persalinan mewah daripada pereka ternama antarabangsa. Susuk tubuh ibu anak lima persis anak dara dan sentiasa on point dalam persalinan haute couture sama ada ke acara formal ataupun ke parti.
18. Zaihani Zain
Perunding imej ini obses dengan aksesori kerana baginya setiap yang dikumpul memiliki nilai estetika seninya tersendiri. Lebih 16 tahun berkecimpung di dalam dunia ini, cintanya pada fesyen masih utuh. Bak katanya, “I wanted to do fashion all my life.”
19. Sherin Wong
Membina empayarnya sendiri nyata bukan angan-angan kosong. Percaya akan kata-kata “what doesn’t kill me, only makes me stronger!”
20. Zahida Rafik
Personaliti layar perak ini sentiasa melangkah anggun dalam setiap persalinannya. Cukup berani mengekspresikan cita rasa fesyen yang tersendiri, Zahida terus meminggirkan kata-kata orang dengan merias dari hujung rambut ke hujung kaki.
21. Nora Khalid
The Coffee Connoisseur ungkapan paling tepat buat Nora. Merupakan seorang usahawan yang sangat optimis, Nora juga adalah pengumpul dan peminat setia barangan vintaj. Baju yang bergantungan dalam geroboknya tiada tandingan, antaranya kot bulu Yves Solomon dan adi busana Didit Hediprasetyo.
22. Dayang NurFaizah
Terkenal dengan vokal nyanyian yang padu, penyanyi ini menjadikan karya Rizalman Ibrahim pilihannya kerana percaya hanya dia sahaja bisa menyerlahkan keanggunan pada dirinya.
23. Izrin Ismail
Pengarah Urusan jenama Innai juga Innai Red yang mula dikenali sebagai Innai Batik yang diusahakan oleh ibu tercinta. Gaya peribadinya berpaksi kepada gaya effortless chic. Bijak menyuai padan baju juga aksesori kala bergaya ke majlis fesyen.
24. Alia Bastamam
Alia yang juga penyata stail “less is more” adalah antara pereka yang merevolusikan industri fesyen tempatan. Berbicara tentang selera gaya, dia meletakkan keselesaan perkara wajib sebagai keutaman bukan pada sarat aksesori dalam satu masa.
25. Deborah Henry
Gadis kacukan Ireland dan India ini mula menjulang namanya di pentas peragaan sekali gus dalam dunia kecantikan. Terus mengasah bakat dirinya sebagai pengacara, menjadi hos tetap di rancangan Bella, program television perdana NT7 yang membualkan tentang gaya hidup wanita.
26. Zaida Ibrahim
Pengasas bersama Cold Press ini akui dia sangat meminati fesyen. Wajahnya cukup sinonim di kerusi baris hadapan untuk acara pertunjukan fesyen. Dia terkenal dengan selera fesyennya yang bertunjangkan gaya minimalis.
27. Azrinaz Mazhar Hakim
Dia mempunyai gaya fesyen yang berani dan tidak memilih fesyen selamat seperti kebanyakkan wanita. Berpaksikan gaya edgy yakni mencerminkan gaya hidupnya yang amat aktif.
28. Datin Esmila Safri
Manis dan lembut pertuturannya membuatkan GLAM amat selesa mendampinginya. sering terbang ke Semenanjung. Dia menggambarkan dirinya seorang yang simple kala bergaya namun, dia tidak kisah untuk melabur duit untuk sebuah bag tangan.
29. Marion Caunter
Kehadirannya di acara majlis-majlis fesyen menjadi dambaan semua pihak penganjur. Dia memiliki cita rasa fesyen yang tinggi, dan menyelenggara keluarga dengan sempurna sekaligus menjadikan dia ikon kepada ramai wanita. Rizalman Ibrahim adalah pereka fesyen kesayangannya.
30&31. Sereni Linggi & Shentel Lee
Dua rakan karib ini adalah pengasas label cekak rambut yang kreatif. Meskipun dahulu, ada yang menganggap idea fesyen mereka tidak dapat diterima dek akal, itu tidak menjadi tembok penghalang buat mereka. Malah, mereka kini sukses sehinggakan tidak menang tangan menyiapkan kepingan cekak label sendiri.
32. Datin Nurul Husna
Merupakan versi opitome baru wanita kota. Gerobok pakaian yang sentiasa menampilkan gaya chic, classy lagi refined sering membuahkan pujian dan bualan tatkala bertandang di acara-acara sosial.
33. Puteri Yasmin Ramli
Fesyen dan muzik, dua perkara penting dalam hidupnya. Kerana bagi pereka PU3 ini, muzik adalah nadi kepada cetusan idea kreativiti kala berkarya. Mendiang Alexander McQueen, Helmut Lang juga Dolce & Gabbana menjadi idolanya saat menuntut ilmu di London suatu ketika dahulu.
34. Puteri Azalea Ramli
Kakak kembar kepada Puteri Yasmin yang turut menjadi tulang belakang kepada jenama PU3. Gaya edgy bertemu sofistikasi dengan sentuhan klasik adalah gaya pilihan dirinya kala menggambarkan eksperesi fesyennya.
35. Muhaini Mahmud
Baru sahaja mengikat tali pernikahan bersama jejaka pilihan hati, Mui seorang yang berkarisma tinggi dan tegas dalam bekerja. Melangkah bangga dalam jurusan Perhubungan Awam, wanita ini berkata sebagai seorang perempuan yang bersaing di dalam dunia lelaki, kita perlu garang, kuat dan tegas. Jika terlalu lembut dan baik, orang senang pijak kepala.
36. Emilia Hanafi
Stail ibu kepada tiga putera ini cukup moden sekali, klasik dan sopan namun berani malah mencipta statement tersendiri. Aura fesyennya nyata menyerlah meski pun berpergian ke luar negara, terus chic dengan keterampilan bergaya menurut suasana.
37. Nur Fazura
Pemenang anugerah Pelakon Terbaik FFM27 ini cukup dikenali sebagai ikon fesyen rakyat Malaysia. Empunya diri menjadi buruan majalah-majalah fesyen untuk jadikannya sebagai penghias majalah. Dia melancarkan butik House of Doll untuk berkongsi cita rasa fesyennya kepada orang ramai terutama para peminatnya.
38. Datin Nadia Mustafa
Gaya minimalis menjadi pilihan. Less is more, dan wanita rupawan ini jarang sekali memadukan aksesori yang banyak dalam satu-satu masa. Tidak dinafikan aksesori itu pelengkap gaya. Namun, ia perlu diseimbangkan. Cukup membimbit beg tangan, beberapa lapis gelang lalu dipadankan sama seutas jam tangan.
39. Tengku Jamidah
Pengarah kepada jenama CEKL juga Thavia, juga ibu kepada tiga cahaya mata ini bijak menguruskan masa walaupun diri begitu sibuk. Menggambarkan dirinya seorang yang gemar bergaya sakan tiap kali bercuti. Baginya, ketika itulah dia akan membeli-belah hanya untuk bergaya di lokasi percutian.
40. Datin Sabrena Khalid
Dia tidak gentar untuk bermain dengan pancawarna kala berfesyen. Istimewa dia mempunyai gerobok khas menghimpunkan koleksi sneakers mewah. Ada masa dia tampil anggun di majlis dengan gaun labuh couture.