June 29, 2016 GLAM DEKO, Santai cafe subangGaya HidupGLAMGLAM DEKOGLAM magazineGLAM Malaysiaresipicheesecakeresipikekkejusubangupstairs cafe Resipi Kek Keju Blueberry – Upstairs Café, Subang Teks & Penyelaras : Nadia Zolkifli Arahan Seni : Afiq Khairudin Gambar : Wan Izhar (One Digital Solution) Bahan – bahan : Kerak kek 1 cawan biskut gandum berserat dihancurkan 2 sudu besar mentega tanpa garam ½ cawan gula perang ½ cawan kacang walnut dipotong kecil Kek Keju 350 gm krim keju Philadelphia dilembutkan 2/3 cawan gula aising 2 sudu besar ekstrak vanila 3 cawan krim putar 4 sudu kecil gelatin tanpa perisa ¼ cawan air panas ½ cawan puri beri biru Cara menyediakan : Kerak Kek Kisar biskut gandum berserat, mentega, gula perang dan kacang walnut sehingga adunan memejal dan mudah dibentuk. Masukkan adunan ke dalam dulang kek dan biarkan sejuk di dalam peti sejuk. Kek Keju Pukul krim keju bersama gula dan ekstrak vanilla sehingga sebati menggunakan tangan atau pemukul tangan elektronik. Cairkan gelatin ke dalam air panas dan biarkan sejuk seketika. Boleh juga gunakan gelatin kering. Apabila gelatin sejuk, masukkan ke dalam adunan keju dan pukul sehingga adunan mengembang dan gebu. Kemudian, masukkan krim putar dan kacau sehingga mesra. Tuangkan adunan keju ke atas dulang kek tadi. See alsoPembukaan Semula Atelier Asnières dan Galeri Louis Vuitton. By Nadia Zolkifli 0 Comments LIKES