Ikon Fesyen: Shalom Harlow - Glam Malaysia

Ikon Fesyen: Shalom Harlow

rgm000000049659-shalom_harlow-fullsize

Shalom Harlow sebagai muka depan majalah W.


 
Model of the Year pertama Vogue
 
Sejak ditemui sewaktu sedang menonton konsert The Cure di Toronto, dia mula aktif sehingga menghiasi muka hadapan majalah, penggambaran editorial, mengikuti pementasan pereka ternama juga pernah merakam filem dan menjadi pembantu pengacara MTV House of Style bersama supermodel Amber Valleta. 1995, dinobatkan sebagai VH1’s Model of  The Year.
 
Kempen Ikonik

Tahun yang sama dia meraih anugerah itu, dia juga muncul dengan siri kempen terbaik bersama jenama yang berlandaskan rekaan minimalis, yakni Jil Sander. Gambar yang dirakamkan oleh Craig McDean ini hanya berbalutkan kemeja polos. Namun aksi serta siluet semulajadinya menjadikan imej itu cukup kuat.
 

T24395755_Max

Shalom Harlow


 
Aksi semburan di Alexander McQueen

Satu lagi aksi Harlow adalah apabila dia disarungkan gaun tulle putih di pentas musim bunga 1999 Alexander McQueen. Sambil berdiri di atas platform berpusing, kiri dan kanannya dibina instalasi robot spraygun. Dalam keadaan berpusing itu dia disemburkan cat dalam dua warna dan menjadikan pentas itu penuh artistik.
 
Pentas Yohji Yamamoto

See also
'A' untuk Attitude dan Anthony Vaccarello

Satu lagi siri ikoniknya adalah sewaktu pementasan musim bunga 1999 Yohji Yamamoto yang bertemakan Transformative Wedding. Dia dibaluti gaun berwarna hitam yang mempunyai lima lapisan. Satu persatu dibuka helaian itu sambil memberikan ekspresi yang sungguh mengagumkan.
 
Darah Hippie

Dilahirkan pada 5 Disember 1973 di Oshawa, Ontario di luar kawasan Toronto. Kedua ibu bapanya mengamalkan gaya hidup hippie dan dibesarkan dalam corak kehidupan bohemian memberinya satu keunikan yang tersendiri. “Saya tidak pernah melihat atau membaca majalah fesyen. Saya membesar tanpa televisyen.”