Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur merupakan destinasi pilihan bagi pengunjung percutian dan perniagaan yang ingin merasai suasana mewah dan bersantai di ibu kota. Terletak berdekatan dengan lokasi komersial dan “happening” di Kuala Lumpur, Pacific Regency Hotel Suites memberi pengunjung peluang untuk bersantai di Bintang Walk, menikmati “KL nightlife” di Changkat Bukit Bintang dan banyak lagi. Malah, pemandangan Menara Kuala Lumpur menambahkan lagi sentuhan mewah dan eksklusif buat pengunjung-pengunjung yang menginap di hotel ini.
Bilik-bilik penginapan di Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur menawarkan suasana urban dan kontemporari yang terdiri daripada Deluxe Suite, Family Suite, Premier Suite, Regency Junior Suite dan sebagainya. Dengan pengubahsuaian premier floor, Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur kini mempuyai 131 unit baharu yang bukan sahaja mendapat akses pemandangan luas Kuala Lumpur, malah bilik-bilik di tingkat ini direka lebih luas dengan hiasan elegan dan contemporary edge.