Koleksi Louis Vuitton Hasil Inspirasi Seni Brazil - Glam Malaysia

Koleksi Louis Vuitton Hasil Inspirasi Seni Brazil

Louis Vuitton telah mengembara ke benua tropika, membawa bersama seni Perancis ke Brazil yang terkenal dengan suasana utopia alam sekitar yang sememangnya menawarkan latar belakang yang ideal.
 
Koleksi Cruise Louis Vuitton kali ini memberi penghormatan kepada dua artis utama Brazil iaitu Helio Oiticica yang terkenal dengan gerakan Neo-concrete dan ekplorasi ruang melalui lukisan. Rekaan ‘clothes of light’ yang menggunakan bahan daripada kanvas khemah dan fabrik dari payung terjun berubah menjadi capes dan dresses. Nicolas Ghesquière mengaplikasikan prinsip ringan pada rekaan seperti layang-layang, manakala taffeta cape-dresses seperti seolah-olah manjangkakan angin akan bertiup.
 
Selain Helio Oiticica, Louis Vuitton juga memberi penghormatan kepada Aldemir Martins yang terkenal dengan lukisan flora dan fauna yang melambangkan rantau asalnya, Nordeste. Mempunyai minat yang sangat mendalam dalam budaya popular Brazil terutamanya bola sepak, Aldemir memberikan penghormatan kepada Pele dalam salah satu lukisannya, “A Fera” (1969).
 
Ghesquière melawat pameran “Rhodia Collection” yang diadakan di Sao Paolo Museum of Art pada tahun 60-an. Pameran itu mempamerkan karya dari 79 pelukis Brazil yang terkenal. Ghesquière mengambil inspirasi dari corak lukisan Martin untuk menghasilkan koleksi Maison klasik ini.
 
[soliloquy id="47983"]
[soliloquy slug="louis-vuitton-cruise-rio-de-janeiro"]
 

See also
Adam Levine Batal Konsert Maroon 5 Demi Behati