Tips Tinggikan Aset Hartanah - Glam Malaysia

Tips Tinggikan Aset Hartanah

Kunci untuk menaikkan nilai aset hartanah adalah membaik pulih fungsi ruang sedia ada. “Majoriti orang akan mengubahsuai rumah sebagai persediaan sebelum menjualnya. Ini adalah salah satu idea pelaburan yang betul, dan anda akan menerima pulangan setimpal pelaburan yang telah dilakukan,” jelas Scott McGillivray, pengacara program Income Property, HGTV.

 

Kyton Varenna Poliform_11Varenna, Poliform. Space, The Intermark

1. Dapur
Pastikan ruang kerja ini berfungsi dalam keadaan baik. Tidak perlu melakukan major renovation, tuan rumah boleh mengecat semula, membaik pulih saluran paip yang bocor atau menukar jubin lantai yang telah pecah atau retak. Kebanyakkan pembeli akan melakukan ubahsuai berskala besar di ruang ini, jadi tuan rumah tidak perlu berbelanja berlebihan.

 

kohler kamala

Kohler

 

2. Aksesori dan Kemasan (Hardware)

Tuan rumah boleh mempertimbangkan untuk menukar pintu atau sekadar tombol pintu. Nampak remeh, tapi perkara ini memberi impak besar buat keseluruhan rumah yang ingin dijual. Lihat kemasan siling dan jika terdapat peta kekuningan akibat kesan bocor, boleh cat semula. Tukar rel langsir jika perlu. Jangan lupa periksa setiap paip dan saluran air, pastikan setiap satu berfungsi dengan baik.

See also
Kim Kardashian West Bakal Melancarkan KKW BEauty

 

Modulnova_Cucina-Float-05Modulnova, Cucina

 

3. Kabinet Pasang Siap

Ini juga antara faktor harga rumah meningkat naik, kerana kos untuk memasangnya agak tinggi dan boleh jadi keterlaluan. Anda boleh membina kabinet pasang siap di ruang dapur, bilik air atau setiap kamar beradu.

 

LOOP_MY_ART_COUNTRY2_00A2_0902_Villeroy and BoschVilleroy & Bosch

 

4. Tandas

Antara ruang penting yang akan diperinci oleh pembeli. Tuan rumah tidak perlu melakukan proses ubahsuai berskala besar di ruang ini. Cukup sekadar memastikan semua paip, lubang tandas, saluran air tidak tersumbat dan berkeadaan baik. Jangan lupa sembur pewangi apabila pembeli datang membuat tinjauan.

 

dedon-swingme-lounge-chair-outdoor-679

Dedon

5. Landskap Luar

Tidak perlulah membeli perabot taman, namun pastikan rumput dipotong dan tiada serangga perosak di sekitar luar rumah. Pastikan juga pagar luar tiada ‘lubang ajaib’ atau lopong.