Solekan Terbaik Di Met Gala 2016 Pilihan GLAM - Glam Malaysia

Solekan Terbaik Di Met Gala 2016 Pilihan GLAM

PicMonkey Collage

Semalam telah berlangsungnya antara acara fesyen yang paling ditunggu-tunggu sepanjang tahun iaitu Met Gala. Tahun ini, Met Gala 2016 yang bertemakan ‘Manus x Machina’ berlangsung dengan cukup meriah dan mendapat liputan yang cukup meluas di media massa dan melalui platform media sosial sehingga menjadi ‘trending’ di Twitter.

 

Tema tahun ini membuka ruang tentang bagaimana teknologi yang semakin maju boleh bergabung bersama fesyen lantas menciptakan pelbagai hasil produk yang mengagumkan seperti cetakan 3D, potongan laser dan pelbagai lagi. Gaya solekan Met Gala tahun ini juga tidak kurang menariknya malah turut menjadi perbualan ramai daripada rambut palsu blunt Zendaya sehinggalah ke solekan bibir ala gothic Taylor Swift. Keep scrolling untuk ketahui dengan lebih lanjut antara solekan karpet merah Met Gala pilihan di GLAM pada tahun ini!

 

 

beyonce

Beyonce

Penyanyi sensasi yang baru muncul dengan album visual terbaru bertajuk Lemonade ini tampil dalam dress lateks skin-tight manakala solekan wajahnya mendapat sentuhan Sir John daripada L’Oreal yang menampilkan solekan mata yang deep dan smoky, serta bibir neutral.

See also
Ekspresiisme Masa

 

 

kendal jenner

Kendall Jenner
Pada awalnya Kendall dikatakan bakal tampil dengan rambut palsu berwarna perang, namun sebaliknya dia hadir dengan mengenakan persalinan gaun indah daripada Versace serta gaya solekan yang cukup anggun.

 

 

kim

Kim Kardashian
Pada majlis tersebut, bukan sahaja persalinan rekaan Balmain yang membaluti tubuhnya yang menjadi perhatian tetapi solekannya turut mengundang pujian ramai – bleached brows, nude lips and smoky eyes, semuanya on point!

 

 

kylie jenner

Kylie Jenner

Ini adalah penampilan pertamanya di Met Gala, dan Kylie Jenner kelihatan lebih selesa untuk mengenakan solekan yang tidak terlalu ‘wild’ seperti selebriti-selebriti lain namun tetap memberi statement tersendiri menerusi gaya bibirnya yang pouty. Walaupun begitu Kylie tampil dengan rambut semulajadi tidak seperti selalu di mana dia sering dilihat mengenakan extension .

 

 

poppy delevigne

Poppy Delevingne

Kehadiran selebriti ini telah berjaya memukau perhatian with her show-stopping platinum extensions. Bibir yang dioles warna wain bertekstur matte membuatkan persalinan yang digayakannya kelihatan lebih menyerlah.

See also
Idea Gaya Romantis Ruffle

 

 

taylor swift

Taylor Swift
Mungkin ramai yang kecewa dengan pilihan persalinan Swift pada tahun ini, namun tiada siapa yang dapat menidakkan solekannya yang cukup berani. Rambut berwarna platinum dengan potongan gaya ‘bob’ dipadankan bersama gincu dengan rona yang gelap memperlihatkan Swift berani untuk keluar daripada zon selesa.

 

 

zendaya 1

Zendaya
She rocked the red carpet with her bowl-cut hair. Gaya rambut ini kembali menjadi pilihan di minggu fesyen musim ini, dan Zendaya memilih untuk tampil penuh mempersona dengan solekan yang menyerlahkan bentuk wajahnya dan sekaligus membuatkan persalinannya kelihatan begitu menyerlah.