‘Obra en Proceso’ (Work In Progress) Pamer Minat Pereka Terkemuka Karl Lagerfeld
Galeri seni Factoría Habana bekerjasama dengan label terkemuka CHANEL mengadakan pameran yang bertajuk “Obra en Proceso / Work in Progress” yang mengetengahkan pereka tersohor Karl Lagerfeld sebagai subjek.
Pameran tersebut dibahagikan dalam tiga bahagian yang mana setiap satunya membuka ruang untuk kita melihat dengan lebih dekat minat pereka fesyen popular tersebut iaitu fesyen, landskap dan seni bina. Pameran tersebut bakal menerokai kepelbagaian subjek, teknik dan kaedah yang membawa maksud kepada interpretasi yang menjadi titik tolak dalam fotografi Karl Lagerfeld. Ini kerana bagi beliau, sebuah gambar bukanlah sekadar imej tetapi merupakan objek visual yang cukup unik.
Antara para tetamu yang dijemput untuk menyaksikan momen tersebut adalah Gaspard Ulliel, pelakon Alma Jodorowsky dan Nathalia Acevedo, pengarah Deniz Gamze Ergüven dan penulis Loulou Robert.
Pameran “Obra en Proceso / Work in Progress” ini bermula pada 28 April 2016 sehingga 12 Mei 2016 yang memperlihatkan budaya Perancis di Cuba dan kemasukan adalah percuma.