Pereka menswear Malaysia: Tengku Syahmi

Pereka menswear Malaysia: TENGKU SYAHMI

SETELAH MENEMPA NAMA DALAM ARENA FESYEN WANITA, TENGKU SYAHMI SUDAH MULA MENGORAK LANGKAH KE DALAM GELANGGANG MENSWEAR TEMPATAN. BEKAS GRADUAN RAFFLES INSTITUTE INI BERKONGSI TENTANG EVOLUSINYA, REALITI FESYEN SEBAGAI SATU BISNES DAN KOLEKSI KAPSULNYA YANG BARU.
 

Tsyahmi (1)_compressed main

TENGKU SYAHMI (kanan), pengasas label Tsyahmi, bersama muse-nya, pelakon/model Kahoe.


 

It’s not just about designing, but it’s a business. Bagi saya yang tidak punya latar belakang bidang perniagaan, haruslah giat mencari cara belajar aspek perniagaan fesyen. Setiap hari ada sahaja benda baru akan dipelajari. Ia amat penting buat pereka fesyen yang mahu mengembangkan jenama sendiri. Ingat, never stop learning.”
 
Syahmi berkongsi, membina jenama sendiri bukan sekadar perlu tahu mencipta baju-baju cantik. Sudut perniagaan fesyen juga perlu dimahirkan. Seperti yang diketahui, Syahmi sebelum ini lebih menumpukan pada rekaan pakaian wanita. Dan pada Lebaran tahun lepas, beberapa koleksi pakaian lelaki mula diperkenalkan. Setelah mendapat sambutan memberangsangkan, Syahmi melancarkan perkhidmatan Tsyahmi Bespoke khusus lelaki.
 
“Pada mulanya, kami lebih fokus pada rekaan baju pengantin wanita dan secara tak langsung, ada beberapa pengantin lelaki meminta saya mereka baju pengantin untuk mereka pula. Sejak itu, saya merasakan why not do menswear too? Maka terciptalah Tsyahmi Bespoke.”
 
Berdasarkan pendapat Syahmi, konsumer lelaki masa kini sudah bijak memilih pakaian yang disukai. Dan banyak juga cerewet katanya.
 
“Apa saya perasan, konsumer lelaki di Malaysia khasnya lebih setia kepada beberapa jenama atau rekaan sahaja. Jenama atau rekaan yang selari dengan kesesuaian stail kegemaran masing-masing.”
 
Antara inisiatifnya untuk menembus pasaran menswear, Mac lalu, Tsyahmi telah pun melancarkan koleksi kapsul berinspirasikan item signature gaya peribadinya sendiri: kemeja putih. Merangkumi 10 rekaan, yang unik tentang koleksi ini ialah rekaan uniseksnya yang sesuai untuk dipakai oleh lelaki mahupun perempuan. “Koleksi ini dijual pada harga RM150-250. Bagi yang berminat, boleh mendapatkannya menerusi Tsyahmi.com sekarang.”
 
Setakat ini, sambutan untuk koleksi kapsul ini amat memberangsangkan. Satu bukti kukuh bahawa industri kita – dan konsumer lelaki khususnya – menghargai dan memerlukan pereka seperti Tengku Syahmi.

See also
Glamor Di Karpet Merah Critics’ Choice Awards 2023