GLAM PROMOSI - MEI 2016 - Glam Malaysia

GLAM PROMOSI – MEI 2016

 

*klik tab di bawah untuk menyertai promo*

Tempoh penyertaan : 1 – 31 Mei 2016

_____________________________________________________________________________________________

[tab: CLAUDE BERNARD]

Menang!
5 x Jam Tangan Claude Bernard Lady Luna bernilai RM6360
kesemuanya


Biasan Klasik dan Sofistikated Lady Luna 
 
Terkenal dengan penghasilan jam tangan klasik Swiss, Claude Bernard adalah di antara pengeluar jam tangan terawal dengan pengalaman lebih 40 tahun. Seiring peredaran zaman, Claude Bernard juga turut menghasilkan reka bentuk jam tangan mengikut trend terkini dalam masa yang sama masih mengekalkan ciri-ciri klasik.
 
Koleksi jam tangan Lady Luna Swiss daripada Claude Bernard direka khas buat wanita yang meminati gaya elegan dan sesuai digayakan ke majlis koktel. Reka bentuk eksklusif Claude Bernard kekal dengan bentuk art deco yakni segi empat tepat yang sesuai digayakan oleh wanita dari semua peringkat umur. Selain dwilogam tahan karat yang diterapkan pada Lady Luna, jam tangan ini juga dilengkapi dengan dial yang diperbuat daripada mutiara, membias sisi keanggunan pemakai. 

______________________________________________________________________________________________________________________

Click here if you have issue accessing the promo form above

[tab: THE ANDAMAN]

See also
GLAM Deko Promosi - Menangi Kusyen Batik Tajaan KitaKita
Menang! 
1 x Penginapan 3H 2M di Deluxe Treetop 
di The Andaman Pulau Langkawi bernilai RM6080

 

 

Desir dan kesempurnaan di The Andaman

Bagaikan syurga tropika, Langkawi memperkenalkan koleksi resort dan hotel mewah, The Andaman yang menyediakan persekitaran mempesonakan dengan keindahan semula jadi dikelilingi hutan hujan dan landskap yang cantik. Resort mewah ini diilhamkan oleh ‘Tree Of Life’ dan terletak di antara hutan hujan tua dan Teluk Datai yang merupakan habitat asal hidupan flora dan fauna serta batu karang. Landskapnya yang mempesonakan merupakan gabungan rekaan kontemporari dan hiasan seni di mana keindahannya diserikan lagi dengan pemandangan Laut Andaman yang mengagumkan.
 
Menarik di sini, terdapat pelbagai bilik dan suite elegan yang tidak mungkin anda lepaskan. Bagi anda yang menginap di The Andaman, pelbagai aktiviti menarik yang disediakan dari Nature Walk, Reef Walk, sukan air sehingga belaian rawatan spa sambil ditemani pemandangan semula jadi dan deruan ombak. Selain pemandangan hutan hujan menghijau,The Andaman juga merupakan salah sebuah resort tepi pantai yang paling eksklusif di Pulau Langkawi. Pasir berpasir putih di Teluk Datai dikhaskan buat pengunjung yang ingin bersiar-siar di sekitar kawasan resort. Selain bar, resort ini juga menawarkan restoran yang menyajikan pelbagai keistimewaan hidangan tempatan dan barat. Lokasinya yang menarik membawa pengunjung menerokai pemandangan pulau-pulau kecil di Langkawi dan negara Thailand yang jelas kelihatan di tanjung tinggi Teluk Datai

See also
Menangi ‘Weekend Spa Treat’ Bernilai RM1,000 daripada Bfab.my Sempena Hari Ibu

______________________________________________________________________________________________________________________

Click here if you have issue accessing the promo form above