Istimewa bulan ini, GLAM menyenaraikan sekumpulan 40 sosialit fashionable yang menjadi penyeri majlis-majlis sosial sekitar Kuala Lumpur. Penghias muka hadapan, Nina Ismail Sabri juga punya kedudukan tersendiri di gelanggang sosial kota apatah lagi bersuamikan pereka fesyen masyhur.
Kami turut menemu bual tiga anak gadis yang cukup stylish; Elizabeth Aishah, Syiera Bledram dan Marisa Soraya. Young, blessed and privileged; cita-cita mereka mahu merencana masa depan masing-masing.
Rubbish Is The New Black – Penggambaran fesyen dibintangi peragawati, Shikin Gomez pasti memberi inspirasi gaya buat anda.