Oleh: Zuhairie Sahrom Gambar: Arkib GLAM dan Yiu Lin
Ung Yiu Lin tampak sofistikated sekali setiap kali hadir ke acara-acara fesyen. Membawa pesona seorang wanita yang cukup feminin lagi glamor, Yiu Lin usahawan fesyen menyandang posisi sebagai pengasas juga pereka untuk label Shoes Shoes Shoes dan KLutched. Jadual hariannya sibuk kerana Yiu Lin juga ibu kepada Zara Aaliya dan kini sedang hamil anak kedua. Gaya yang menjadi pilihan personaliti ini tentunya yang berlaraskan glamor dengan sedikit paduan aura seksi sekaligus berbalut edgy.