Pereka Fesyen Lokal Moto Guo Tercalon Peringkat Separuh Akhir LVMH Prize

Pereka Fesyen Lokal Moto Guo Tercalon Peringkat Separuh Akhir LVMH Prize

Moto GuoMoto Guo. Gambar: Facebook Moto Guo

 
Suatu pencapaian yang membanggakan buat industri fesyen tanah air apabila buat pertama kalinya pereka fesyen lokal tercalon dalam LVMH Prize, yakni sebuah landasan yang dianjurkan oleh syarikat rumah fesyen gergasi LVMH bagi mengetengahkan bakat pereka fesyen muda dari serata dunia.
 
Moto Guo yang memfokuskan terhadap rekaan pakaian lelaki mula melancarkan label sendiri menggunakan namanya tahun lalu. ‘Guo’ merupakan nama keluarga pereka fesyen itu manakala ‘Moto’ adalah merupakan gelaran buatnya ketika di bangku sekolah lantas ianya menjadi ilham untuk dia menggunakan nama panggilan sendiri sebagai jenamanya.
 
Melakukan debutnya di Minggu Fesyen Kuala Lumpur tahun lalu, Moto Guo mencuri perhatian peminat fesyen lokal menerusi estetika rekaan siluet besar dengan imej lelaki geek, dan kini bakatnya diintai LVMH apabila tercalon di peringkat separuh akhir LVMH Prize. Namun perjalanan kariernya bermula apabila dia mempersembahkan koleksi graduasinya, ‘Out Like A Light’ dan mula dijual sehingga ke Jepun dan England. Menurut Guo, estetika koleksi rekaannya mengambil ilham dari empunya diri yang juga punya imej geek.
 

See also
GLAM Pick: Kempen Fesyen Paling GLAM Tahun 2016

eclectic1Jaket material mesh Moto Guo dipadan bersama bodysuit Chanel dan skirt high slit Kittie Yiyi. Gambar: GLAM Januari 2016

 
Graduan Raffles Kuala Lumpur ini bakal berentap untuk pilihan lapan yang terbaik sebelum dinobatkan sebagai juara. Finalis bakal dipilih oleh panel dari LVMH termasuk Pat McGrath dan Patrick Demarchelier pada 2 dan 3 Mac nanti di Paris.
 
Bakal membawa pulang hadiah wang tunai EUR300,000 serta sesi mentor dari pasukan khas LVMH, pemenang akan dipilih oleh juri LVMH antaranya Karl Lagerfeld, Jonathan Anderson dan Nicholas Ghesquiere serta bakal diumumkan sewaktu berlangsungnya majlis Foundation Louis Vuitton di Paris pada 16 Jun 2016.
 
Sebelum ini, Thomas Tait dinobatkan sebagai juara pada tahun 2014 manakala Marques’ Almeida pada tahun 2015. Jacquemus pula terpilih sebagai pemenang Special Prize pada tahun 2015.
 

[soliloquy id="43691"]

Gambar: Moto Guo