Retorik: Dari Resam Timbulnya Hormat - oleh Daphne Iking

Retorik: Dari Resam Timbulnya Hormat – oleh Daphne Iking

Malaysia-Sabah-Harvest-Festival-RJMedia-KDCA33
 
Oleh: Daphne Iking
 
Berasal dari Keningau, Sabah, kedua ibu bapa saya berketurunan suku kaum Kadazan-Dusun. Saya dibawa menetap ke United Kingdom kala berusia tiga ke empat tahun. Justeru itu, saya langsung tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu atau juga bahasa ibunda iaitu bahasa Kadazan-Dusun. Saya hanya tahu bertutur bahasa Inggeris. Namun, berbekalkan kecekalan diri yang kuat, saya belajar kesemua bahasanya tetapi tidaklah sefasih yang saya idamkan. Kehidupan di Negeri di Bawah Bayu ini sememangnya unik. Negeri ini memiliki pelbagai suku kaum, tradisi dan adat resam. Saya dibesarkan di dalam persekitaran agama Katolilk dan hanya memeluk agama Islam lima tahun yang lalu. Kini saya bahagia di sisi suami tercinta bersama dua orang puteri.
 
Ramah mesra, kaya dengan biodiversitinya, lasak, bersifat melindungi dan penyayang. Ini adalah gambaran saya mengenai hamparan kepulauan dari mana saya datang. There is something for everyone. Gunung, pulau, hutan belantara dan bandar. We truly are Sabahans in every sense of the way. Membesar di Sabah, saya benar-benar tidak mengetahui apa bangsa mahupun agama rakan-rakan sekelas saya yang lain. Bukan kerana tidak mahu ambil peduli tetapi ia tidak penting. It was just not important if what ethnic group or belief you had. Semua orang adalah sama dan semua orang adalah orang Sabah. Kami semua sepakat! Ini dapat dilihat bila saya pindah ke Pulau Pinang. Kesepaduan orang Sabah dan Sarawak dapat dilihat jelas lantas punya kesinambungan dan hubungannya yang lahir secara natural. You could spot a Borneon from afar. Close kint. Dan semestinya kami sentiasa melindungi dan berjuang untuk satu sama lain.
 
Mendiang datuk sebelah bapak, saya ambil sebagai idol. Aki namanya. Saya sayangkannya sepenuh hati, jiwa dan raga. Aki, guru bahasa Inggeris yang mempunyai retreat atau tempatnya untuk mencari ketenangan di Monsorulung iaitu kira-kira 30 minit memandu dari kampung di Tambunan. He would usually go in ‘hiding’ there, his refuge. Sukar untuk digambarkan hubungannya dengan nenek. They seemed to have a love-hate relationship.
 
Bercerita mengenai dari mana saya datang, saya agak muda bila pulang ke Malaysia dan semestinya tidak biasa dengan persekitaran sekeliling. Baik daripada bahasa atau budaya, juga hubungan antara saudara-mara. Oleh sebab datuk antara yang fasih berbahasa Inggeris, kami terus rapat. I was very fond of my Aki. Dia suka anjing dan nenek pula namanya Odu, sayang kucing. Ternyata haiwan peliharaan mereka langsung tidak sehaluan dan kadangkala, datuk dan nenek juga sama. Tetapi jauh di sudut hati saya percaya mereka saling mengasihi dengan cara yang tersendiri.
 
Bila datuk menghilangkan diri ke pondok di Monsorulung, nenek pula sibuk menjaga sawah padi. She was fierce and he was softer. Teringat akan memori sewaktu datuk memandikan anjing peliharaannya dengan menggunakan sabun buku Fab dalam kuali besar kepunyaan nenek. Berang nenek dibuatnya, kerana kuali itu digunakannya untuk memasak hidangan khas semasa musim perayaan. “Bulih cuci bah ni!” And they’d fight – literally … like cats and dogs! Teringat akan satu lagi insiden di mana datuk bertanyakan kepada kami adik-beradik apa warna durian yang kami semua mahukan. Jawab kami “Saya mahukan warna kuning, Michelle mahu warna merah jambu dan Boboy warna biru.” Fikirkan, bagaimana? Aki kembali membawa kejutan dengan membawa durian di mana setiap darinya dibalut dengan beg plastik warna kuning, merah jambu dan biru.
 
Berbalik kepada semangat 1Malaysia sememangnya konsep ini sudah diterapkan beratus tahun lamanya di Sabah ataupun Borneo. Ini adalah antara kebanggaan tentang kampung halaman saya. Saya punya sanak saudara dari pelbagai latar agama antaranya Islam, Hindu dan Kristian. All of us respect one and another! Tiada persengketaan. Tiada siapa yang akan tersinggung jika ada di antaranya menyarungkan kalung salib, ada rice wine atau air tapai, jika ada anjing yang berkeliaran atau khinzir juga lembu dipelihara sekali. There is acceptance and high amount of tolerance. Mengapa manusia perlu menghormati agama, bangsa dan tradisi orang lain? Kerana sejarah telah menunjukkan, over and over, why bloodshed happens! Why because there is no more respect for each people’s belief and thoughts.
 
Saya percaya kepada Allah S.W.T yang menjadikan langit dan bumi. Saya juga percaya menghormati dan ada rasa perikemanusiaan atau belas kasihan kepada semua ciptaan Nya. Termasuk Gunung Kinabalu. Lihat apa yang terjadi di Gunung Kinabalu, pelancong bogel dan Sabah dilanda gempa bumi seolah-olah gunung marah dengan aksi itu. Saya tidak boleh percaya kenapa ada di antara mereka bertanggapan baik sahaja dengan kelakuan buruk itu, biar sekalipun dilarang tegas oleh pemandu pelancong. Allah S.W.T cipta kita semua. Termasuk segala-galanya di sekeliling kita. Jika kita tidak menghormati antara satu sama lain, we will kill each other slowly but surely.
 
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi Ogos 2015
 
 

See also
Retorik: Trend Hijab yang Mengelirukan