Bermula 1999, nama Khir meniti bibir-bibir editor majalah dan selebriti tempatan kerana skilnya dalam solekan base yang paling natural. Mencecah tahun ke-17 tahun ini, Khir terus mendapat kepercayaan editor-editor majalah bagi mewarnai solekan halaman fesyen dan kecantikan selain menjadi pilihan pengantin ibu kota, Brunei dan Indonesia. Dia juga sering berkarya untuk iklan komersial dan kempen iklan pereka-pereka fesyen tanah air.