Retorik: Wanita dan Kuasa - oleh Datin Zeta Zee

Retorik: Wanita dan Kuasa – oleh Datin Zeta Zee

A-woman-works-on-a-laptop-008
 
Oleh: Datin Zeta Zee
 
Knowledge is power. Jadi kita perlu sentiasa melabur untuk ilmu pengetahuan. Bacalah buku-buku yang berkaitan dengan minat anda serta menghadiri seminar-seminar yang berkaitan untuk mendalami lagi pengetahuan anda. Koleksi buku-buku yang saya miliki adalah berkaitan dengan fitness, pemakanan yang sihat, sains tubuh badan, spiritual journey dan buku-buku resepi. Saya juga sering menghadiri bengkel yang berkaitan dengannya seperti the Asia Fitness Convention yang setiap tahun diadakan di Bangkok, yoga festival, retreats dan healing yang acapkali dijalankan disekitar ibu kota kita. Nanti kita bercerita tentang kegiatan yang saya lakukan untuk memperbaiki tahap kehidupan supaya mencapai tahap yang lebih baik ya.
 
Menjadi kelaziman manusia yang tidak pernah berasa puas dengan apa yang mereka miliki baik daripada segi fizikal ataupun karier. Kalau kita mahukan sesuatu kita haruslah berusaha dan berkorban wang ringgit serta masa untuk mencapai goal kehidupan kita. Jika kita ingin berjaya, kita haruslah bergaul dengan kelompok individu yang berjaya supaya kita dapat mempelajari dari mereka dengan secara percuma. Pun begitu luaskan kelompok pergaulan. Usah hanya bergaul dengan kelompok yang sama dengan kita sahaja kerana kita tidak akan dapat maju ke hadapan jika tetap duduk di dalam kotak yang sama. Step out of the box dan kikiskan sikap pemalu dalam diri kita kerana ada pepatah mengatakan ‘malu bertanya sesat jalan’.
 
Setiap manusia dilahirkan dengan kelebihan diri masing-masing, namun kita haruslah menggunakan kelebihan yang dianugerahkan kepada kita untuk mengejar kecemerlangan. Apa yang penting kita tanamkan sifat ingin menjadi seorang yang berjaya dan dihormati. Adakala manusia terdorong dengan sikap ‘its okay’ kerana berada di comfort zone dan takut untuk melakukan sesuatu yang baru kerana bimbang akan menyusahkan
mereka kelak.
 
Inilah punca masalah kerana kita sentiasa memikirkan perkara negatif akan berlaku. Ini akan membuatkan kita berasa yakin perkara buruk akan berlaku dan kegagalan sudah berada di depan mata sebelum usaha dilakukan. Dari pengalaman saya, keadaan akan menjadi lebih produktif dan membawa kita ke tahap yang lebih baik jika kita mempunyai sikap inquisitive tentang pelbagai perkara. Saya labelkan diri saya sebagai ‘jack of all trade but master in none’ yang sering dahagakan ilmu pengetahuan tetapi bukanlah menjadi seorang yang busy body pula ya!
 
Daripada segi kecantikan pula saya mengisi masa dengan menyertai kelab kesihatan untuk mengekalkan kesihatan fizikal dan minda. Dalaman atau rohani juga harus dititik beratkan kerana jika kita memiliki rohaniah yang gembira maka akan terpancarlah aura dalaman kita di dalam bentuk fizikal yang sihat dan cantik. Kecantikan adalah sesuatu yang subjektif. Bak kata pepatah Inggeris “beauty is on the eye of the beholder”.
 
Tentang mind awareness pula, I work on with my yoga routine. Dengan poses yoga yang tertentu kita dapat menguatkan kesihatan organ-organ dalaman and there are certain breathing techniques yang boleh menenangkan minda kita. Jadi dengan kelebihan memiliki the mind, body and soul maka lengkaplah kecantikan diri kita daripada hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Sesekali saya akan menghadiri the retreat and healing theraphy to relax myself from my busy life.
 
Terapi minda sambil beristirehat akan meningkatkan ketenangan di dalam diri saya. Daripada segi kesihatan fizikal pula saya melakukan senaman free weights, trx, fast fit dan body pump, manakala untuk cardio workout pula saya lakukan body combat, cycling dan juga pelbagai bentuk tarian seperti belly dance, shbam dan zumba dance for my soul.
 
Bagi saya makanan dan gatherings boleh membuat kita berasa selesa, lega dan dapat mengurangkan stres. Justeru, saya adakala akan menyibukkan diri dengan menyertai kelas-kelas masakan, mempelajari pelbagai jenis cooking dan baking daripada menu Oriental, Western dan juga Fusion. Kebetulan saya juga gemar menjemput teman-teman dan saudara mara ke rumah untuk menjamu mereka. Dengan cara ini kita dapat mengukuhkan ikatan persaudaraan dan persahabatan. Saya juga sering menghadiri acara-acara socialite disekitar ibu kota seperti evening tea untuk mempromosi keluaran produk terbaru di pasaran oleh pengusaha-pengusaha barangan mewah dan ternama.
 
Penutup kata tentukanlah standard kehidupan diri yang anda inginkan dan tingkatkan pengetahuan dengan sentiasa menambah ilmu dalam bidang yang diceburi dari semasa kesemasa. Tanamkan sikap positif, sentiasa berfikir out of the box dan cuba sedaya upaya untuk mencapai sasaran atau target hidup. Buka minda dan sentiasalah berfikiran terbuka terhadap pelbagai perkara serta mengikut peredaran zaman. Akhir sekali jangan mengalah kepada kegagalan. Jadikan sebagai iktibar dan belajarlah daripada kesilapan tersebut dan perbaiki diri ke arah yang lebih baik. Belajarlah daripada orang yang berjaya kerana hanya merekalah yang dapat mengajar anda berjaya seperti mereka.
 
Datin Zeta Zee pengusaha wanita yang memiliki restoran masakan melayu di Perth, Australia.
 
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi Mei 2015
 
 

See also
Ariana Grande Berjanji Untuk Kembali Ke Manchester