"Saya sukakan lelaki yang ada pendirian" - Tiz Zaqyah

“Saya sukakan lelaki yang ada pendirian” – Tiz Zaqyah

Teks, Penyelaras dan Penata Gaya: Ardi Idewani Zaini
Gambar: Keenky Yoong
 
Tiz Zaqyah
 
Saya punya sebab tersendiri mengapa mahu memotretkan Tiz Zaqyah kali ini. Secara peribadinya, saya lihat Tiz Zaqyah ada karakter dan personaliti yang unik. Rugi rasanya jika tidak mengambil peluang ini…
 
Benar jangkaan saya. Pertemuan dengan Tiz Zaqyah hari itu membenarkan saya mengenali insan kreatif ini. Kebetulan, sedang menunggunya saya dan teman sepejabat membuka laman Instagram Tiz. Panjang umur, Tiz tiba di studio bersama pengurusnya. Tujuan saya membuka Instagram Tiz kerana mahu menunjukkan kepada teman saya lukisan juga lakaran Tiz yang dia muat turunkan di ruang media sosialnya itu. “We were just ‘stalking’ you on Instagram!” Kata saya kepada Tiz. Dia membalas dengan senyuman sambil berkata, “Oh ya?! Haha! Apa yang kamu buat?” “Tidak ada apa-apa. Nak tunjuk kepada kawan saya lakaran yang kamu lukis,” jawab saya kepada Tiz.
 
“Hari itu bercuti di mana?” Saya bertanya. “Di Koh Lipe, sempena tahun baru. It’s so beautiful. Setelah penat bekerja, sangat berbaloi ke sana,” jawab Tiz. “Sekarang? Sibuk?” Saya bertanya lagi. “Agaklah. After my New Year holiday, I went straight to work. Ada ketikanya, kalau cuti lama pun, kita rasa ‘rindu’ juga hendak bekerja,” jawab Tiz. “
 
Kiranya, masa akan datang kamu akan lebih banyak terlibat dalam filem?
See how. Maybe less series, more theatre or movies and telemovies. Sudah tiba masa saya memperbaiki diri dan mengejar masa depan cerah.
 
Baik, saya ingin tahu bagaimana Tiz Zaqyah mula bertapak dalam industri ini. Kamu bermula daripada…
Casting! Tamat sekolah, saya beranikan diri untuk pergi casting. Namun, hanya setahun kemudian, barulah mendapat tawaran untuk drama siri. Daripada situlah saya menambah pengalaman berlakon.
 
Mengapa mengambil masa setahun baru dapat tawaran?
Mungkin sebab saya masih baru. Namun, saya bersyukur juga kerana diberikan kepercayaan oleh Khabir Bhatia (untuk Nur Kasih), sebagai teraju utama dan drama siri tersebut mendapat sambutan hangat. Lantas, orang mula menumpukan perhatian kepada saya langsung.
 
Dan kamu tiada latar belakang pendidikan seni lakon. Ia datang secara semula jadi dalam diri kamu?
Mungkin juga. Tambahan lagi, saya bertuah kerana dapat berlakon dengan nama-nama besar yang lain. Itu adalah ‘ruang’ untuk saya mendapatkan sedikit sebanyak ilmu daripada pelakon-pelakon nama besar ini.
 
Oh, ya! Menyambung perbualan fasal bakat melukis kamu…
Oh no! I am not that good. Again, still learning.
 
Come on, you’re good. Saya tengok lakaran-lakaran kamu dalam Instagram.
Terima kasih. Terharu rasanya. Well, sama seperti berlakon, melukis itu juga datang secara semula jadi. Sejak kecil lagi saya memang suka melukis. Cuma menginjak dewasa ini, saya lebih menjurus kepada melukis potret.
 
Kamu ada buku lakaran sendiri yang kamu bawa ke mana-mana? For instance, to shoot location? Dan sementara menunggu di lokasi, saya andai kamu akan curi-curi membuat lakaran?
Ya. It’s like my journal. Yang saya bawa ke mana-mana, malah ke lokasi penggambaran. Dahulu, ada masa terluang saja, saya melukis. Kini, sudah jarang-jarang melukis, kerana masa tidak mengizinkan. Rasanya buku lakaran juga sudah berhabuk. Haha!
 
Pernah ada pelakon lain yang berlakon bersama kamu yang meminta kamu melakarnya?
Ada! Beto Kusyairi. Ketika saya berlakon satu drama bersamanya. Oh, I have it in my phone. Let me show you (sambil menunjukkan lakaran Beto Kusyairi dalam telefonnya).
 
Oh! Nice! Kamu cukup berbakat. Sangat teliti lakaran kamu. Ini teknik ‘hatching’…?
Saya hanya melukis saja. Tidak kisahlah apa teknik sekali pun. I guess, ya, saya lebih kepada hatching.
 
Kamu muat turun semuanya di Instagram. Saya gemar melihat pelakon-pelakon yang ada bakat lain juga, selain berlakon…
Again, thank you. Instagram adalah platform untuk berkongsi bakat melukis saya dengan orang ramai. Mereka akan lihat sisi berbeza Tiz Zaqyah.
 
It’s all about chasing dreams…
Ya. Saya percaya kepada ‘chasing your dream’.
 
Tiz Zaqyah2
 
Bercakap tentang lelaki pula, lelaki adalah…
‘Spesis’ yang bertentangan dengan wanita.
 
Jika kamu didekati lelaki yang menjengkelkan adakah kamu akan berterus terang dengannya atau mendiamkan diri saja?
Hmm, saya jenis yang tidak berani cakap terus kepada lelaki itu jika dia menjengkelkan. Perlu menjaga hati juga, kita pun bukannya sempurna. Tetapi jika si lelaki itu tersangat menjengkelkan…
 
Kamu akan senyum dan berlalu pergi?
Itu mungkin yang akan saya buat. Balas dengan senyuman, terus memandang ke teman-teman saya dan… jadi ‘clueless’! Sedikit susah hendak menjadi ‘transparent’.
 
Apakah perkara yang lelaki tidak patut buat jika keluar ‘first date’?
Jangan biarkan si wanita yang membayar, tunjukkan sisi ‘gentelman’ dan perlu ada keyakinan diri.
 
Perkara normal yang sering kali lelaki buat yang kamu rasa seksi adalah…
Memasak.
 
Sebelum ini, apakah ciri-ciri lelaki idaman kamu?
Sebelum ini, saya sukakan lelaki yang ada pendirian, skilful dan yang tahu apa yang dia buat. Oh, saya juga sukakan lelaki yang ada sifat kepimpinan. Kerana diri saya seorang yang ‘memberontak’ sedikit. Oleh itu perlu ada lelaki yang mampu membimbing saya.
 
Kamu akan berkahwin dan ‘settle down’ satu hari nanti?
Sudah tentu. When the time is right.
 
*Artikel ini disiarkan dalam GL edisi Mac 2015
 
 

See also
Minggu Fesyen Kuala Lumpur Kembali Untuk Tahun 2017!