Kenali Paulius Staniunas - Jurugambar Di Sebalik "All Is Amazing"

Kenali Paulius Staniunas – Jurugambar Di Sebalik “All Is Amazing”

Paulius Staniunas
 
Gambar: Patrick
 
Paulius, 30 tahun, lebih dikenali dengan nama All Is Amazing. Minatnya adalah mengambil gambar suasana parti. Walaupun kerja tetapnya ialah sebagai pengarah seni di agensi produksi, fotografi sudah sebati dalam dirinya. Paulius menetap di asia hampir tujuh tahun kini, bermula di Jogjakarta kemudian ke China dan kini di Malaysia. Berasal dari Lithuania kini Paulius baru memulakan projek Same Same di mana dia memotretkan individu, pasangan dan famili yang berbilang kaum (mix marriage & parentage). menemu bual mereka dan memberitahu cerita tentang kesaksamaan kaum yang dia rasakan amat normal di sini justeru menghapuskan dikriminasi kaum oleh sesiapa pun.
 
“Stail ialah peribadi. Boleh ditiru, dimimik daripada orang lain. Asal sahaja anda gembira dan tidak menghina pihak lain, then it’s okay. Susahlah untuk tidak meniru stail orang lain hari ini kerana dengan dunia internet kini, kita lebih terdedah dengan gaya masyarakat dunia. Jadi tak apalah kerana bagi saya ia perkara normal.”
 
 

See also
‘CALVINS OR NOTHING’, Taruhan Wajah Baru, Maya Hawke & Romelu Lukaku