"Datuk Sheila Majid adalah sumber inspirasi dalam mengorak langkah sebagai anak seni." - Nadhira

“Datuk Sheila Majid adalah sumber inspirasi dalam mengorak langkah sebagai anak seni.” – Nadhira

Nadhira
 
Lagu Tear Us Apart kolaborasi bersama Ron E Jones sememangnya menjadi siulan hangat pencinta muzik tempatan. Dimuatkan dalam album 12 Shades, ramai yang bertanyakan siapakah gerangan penyanyi yang bernama Nadhira ini. Gayanya cool lagi edgy dengan rambutnya dicukur sebelah. Tetapi itu dahulu, kini transformasi gaya wanita muda ini dilihat lebih feminin dan matang.
 
“Gaya rambut itu sebenarnya adalah strategi pemasaran kerana pada waktu itu tiada siapa yang berani untuk membawa penampilan sebegitu. Misi saya adalah untuk mendapatkan perhatian pendengar langsung memperkenalkan muzik saya. Kawan saya, dia seorang DJ dari Jepun yang mencadangkan untuk mencuba gaya itu. Kini penampilan dan imej saya berubah dan mungkin disebabkan faktor perubahan usia dan ingin tampil lebih matang. Sememangnya kalau punya teman lelaki, mereka mungkin tidak akan membawa saya jumpa kedua orang tuanya kerana punya gaya rambut yang sedemikian rupa. Stail saya sekarang lebih terjerumus ke arah gaya yang flowy terus membelai jiwa kerana ingin tampil seperti Pocahontas. More real, organic, like living in the wild kind of thing.”
 
Dilahirkan di Malaysia, Nadhira banyak mengembara ke negara orang sedari kecil lagi. dia pulang ke tanah air sewaktu usianya 18 tahun sejurus tamat belajar sekolah tinggi di Jakarta. “Kedua orang tua saya berasal dari Negeri Sembilan. Saya pernah menetap di England, Brunei dan Indonesia buat beberapa tahun sebelum pulang ke tanah air pada umur 18 tahun. Tuntutan kerja ayah memerlukan kami sekeluarga untuk berpindah-randah. Dari situ banyak yang saya pelajari baik dari segi budaya mahupun keistimewaan setiap negaranya. Mengembara ke negara orang banyak membuka mata saya dan muzik datang dalam diri seawal usia lima tahun. Saya mula menulis lagu sendiri sewaktu berumur sembilan tahun di mana saya mula bermain piano setahun sebelumnya. Waktu itu lagu lagu dendangan Datuk Sheila Majid begitu hangat sekali diputar di radio. Langsung Ratu Jazz negara ini adalah sumber inspirasi saya dalam mengorak langkah sebagai anak seni. Saya juga gilakan Jhene Aiko, Erykah Badu, Sade dan Anggun. Muzik mereka unik sama juga dengan personaliti mereka.”
 
“Pencapaian terbaik saya bila mewakili negara untuk sidang muzik antarabangsa yang dikenali sebagai MIDEM. Ia adalah sebuah persidangan di mana artis-artis dari seluruh negara bertemu di Cannes, Perancis. People from the labels, PR and magazines are everywhere. Basically, we just go there to do network at the international level. Selain itu, lagu Fire dendangan saya bersama David Cook dinominasikan untuk AIM ke -21. To be an independent artist and get recognized on a national is a blessing! Saya punya projek terbaru dan akan keluar dalam masa terdekat ini. Mempersembahkan video muzik untuk single yang menampilkan rapper tempatan, dari kumpulan SSK. Saya tidak ada cara yang tertentu untuk melakukan sesuatu perkara. Selepas keluaran album pertama dan kedua yang mana berjaya membawa saya menjelajah ke Amerika Utara, saya turut memperdengarkan single, in between that. Sekarang saya sedang bekerja untuk keluaran album yang lebih bersifat peribadi. Right now I just want to do something a little bit more me, a little bit more personal because I have worked with so many different producers in the past, now I am creating all myself.”
 
 
Teks & Penyelaras: Zuhairie Sahrom dan Amira Azman
Penata gaya: Aizat Aidid
Arahan Seni: Ashura Hakim
Gambar: Eric Chow/Blink Studio
 
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi April 2015
 
 

See also
Selfie: KLFW16 Celebrities Edition