Scented Yet Sensitive

Scented Yet Sensitive

Skin__
 
Produk kecantikan dengan kandungan wangian juga boleh menyebabkan alahan. So, take note people!
 
Kulit sensitif
Banyak jenama kini beralih kepada pengeluaran produk tanpa pewangi kerana adakalanya ia sensitif pada kulit. Ramai mungkin tidak sedar yang mereka alah terhadap pewangi. Namun jika anda di dalam golongan yang mengklasifikasikan kulit anda sebagai sensitif, anda pasti terkejut jika mendapati bahawa pewangi di dalam losen itulah yang menyebabkan tindak balas sensitif dari kulit anda.
 
Punca alahan dan keradangan
Rata-rata pakar dermatologi kosmetik mengatakan bahawa punca utama alahan pada kulit adalah produk kosmetik itu sendiri. Lebih 5,000 sebatian pewangi sintetik digunakan di dalam industri kecantikan. Kebanyakan bahan aktif di dalam produk yang bertujuan mengawal pigmentasi dan minyak di wajah berpotensi untuk menyebabkan keradangan. Justeru, anda disyorkan untuk mengelak daripada menggunakan produk penjagaan kulit yang mengandungi pewangi.
 
Bertukar ke produk tanpa pewangi
Bayangkan berapa banyak produk yang anda gunakan setiap hari dan kesemuanya memiliki haruman tersendiri dan seakan berlumba-lumba untuk mendapatkan perhatian deria bau anda. Kajian mendapati 28 peratus daripada orang ramai lebih memilih produk penjagaan kulit tanpa pewangi.
 
Tiada fungsi utama
Pewangi kebiasaannya dicampur ke dalam produk kecantikan untuk menutup bau bahan natural yang kurang menyenangkan disamping menarik orang ramai menggunakannya. Walaupun pewangi digunakan untuk memberikan kepuasan bauan terhadap penggunaan sesuatu produk, namun ianya tidak mempunyai sebarang fungsi lain dan hanya akan menyebabkan keradangan kulit, alahan, gatal dan bengkak pada wajah.
 
Periksa Senarai Kandungan
Periksa senarai bahan kandungan setiap produk dengan teliti! Walaupun produk itu tidak berbau, ia masih mengandungi pewangi jika terdapat perkataan ‘parfum’ di dalam senarai bahan-bahan. Ya, mungkin bahan yang digunakan bersifat natural, tetapi kebanyakan minyak pati mengandungi komponen yang sama seperti pewangi sintetik yang boleh menyebabkan alahan.
 
Produk natural atau organik?
Walaupun bersifat natural atau organik, belum tentu produk tersebut baik untuk kulit anda. Banyak bahan natural yang boleh mendatangkan masalah kepada kulit dan kebanyakannya adalah bahan wangian. Bukan mudah mencari produk penjagaan kulit tanpa wangian kerana pilihan yang sangat terhad. Usah gusar, kini sudah berderet produk organik dan asli di pasaran. Buat kajian terlebih dahulu dan bertanya kepada pakar untuk mendapatkan produk terbaik sekali gus dapat mengelak daripada masalah kulit sensitif.
 
 

See also
GLAM Deko Trend - 10 Trend Dekorasi Kediaman 2017