Coco Rocha Lancar Label Pakaian Sendiri

Coco Rocha Lancar Label Pakaian Sendiri

Oleh: Mujahid Saddam

 

Co+CoGambar: Co + Co oleh Coco Rocha

 
Supermodel Coco Rocha terus meluaskan jelajah kuasanya. Cukup dikenali dengan teknik pose hebat, kini dia bakal melancarkan koleksi pakaian ready-to-wear pertamanya yang diberi nama Co + Co by Coco Rocha.
 
Koleksi pakaian tersebut bakal dijual di gedung pakaian terpilih serta laman web peragawati itu yang bakal dinaik taraf ke laman sesawang berasaskan gaya hidup pada penghujung Januari tahun hadapan. Mengetengahkan estetika kontemporari sukan, koleksi tersebut menampilkan 60 helaian yang lebih berteraskan gaya jalanan.
 
Mengenai keputusannya untuk melancarkan label sendiri, ujar Rocha, “Ianya seakan suatu peperangan berterusan untuk menolak stereotaip bahawa seorang peragawati hanya tahu duduk dan kelihatan cantik. Kini setelah lebih sedekad saya dikelilingi mereka yang berjiwa kreatif dalam industri, sudah tentu ianya menjadi inspirasi hebat buat saya.”
 
James Conran, suami kepada model itu yang juga seorang artis turut bekerjasama dalam projek itu. “Saya senang bekerja dengan James kerana pendapatnya yang jujur. Lebih mengejutkan, kami tidak pernah bergaduh perihal kerja.”
 
Menurut Rocha lagi, Co + Co menitikberatkan kualiti dari segi material dan teknik jahitan yang diaplikasikan. Mengangkat sisi sofistikasi seorang wanita, koleksi itu disasarkan pada golongan wanita berkerjaya.
 
 

See also
10 Soalan Bersama Dayang Nurfaizah