"Less Is More." - Datin Nadia Mustaffa

“Less Is More.” – Datin Nadia Mustaffa

Datin Nadia Mustafa
 
Bersuamikan ahli politik merangkap ahli perniagaan, mungkin agak mencabar buat segelintir wanita di luar sana. Di hari penggambaran Datin Nadia Mustaffa hadir penuh keyakinan dan orangnya sungguh sopan dalam menyuarakan pendapat. Katanya menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan suri rumah sepenuh masa itu adalah sukar pada mulanya tetapi bila hari beralih pergi dan tahun bertukar ganti. Ianya menjadi lebih ringan dan tenang.
 
“Kita perlu bersikap positif dalam mendidik anak-anak. Terpulang kepada individu itu sendiri dalam merancang keluarga mereka sendiri. Yang penting jangan merungut dan harus lebih peka. Dekati mereka lebih-lebih lagi bila usia mereka meningkat remaja. Juga perlu mengambil berat mengenai aktiviti harian mereka. Saya mengikat tali pernikahan sewaktu di usia muda remaja lagi, sewaktu berumur 20 tahun. Waktu itu banyak perkara yang harus dipelajari. Mendirikan rumah tangga itu agak mudah, yang susahnya untuk mengekalkan ikatan agar terus harmoni. Kami dikurniakan dengan kehadiran dua anak perempuan. Yang sulung berumur 13 tahun yang bongsu pula berusia 10 tahun.”
 
“Dalam menasihatkan anak-anak, sering kali saya tekankan adalah penting untuk kita merendah diri dan jangan mudah menilai kekurangan orang lain. Just don’t be judgmental. Sikap negatif ini harus dihakis. Jika dulu saya sering keluar ke majlis-majlis keramaian sekarang tidak lagi. Kini saya lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Sesekali keluar berlibur bersama teman-teman rapat mahupun merancang percutian bersama mereka. Sebagai seorang anak kepada kakitangan kerajaan, kehidupan saya banyak berpindah randah. Tempat kelahirannya berbeza dan langsung berpindah dari Pahang ke Perak dan akhirnya keluar merantau ke kota raya setelah tamat pengajian di sekolah menengah. Boleh dikatakan saya punya banyak kenalan dan dengan merantau, saya banyak menimba pengalaman.”
 
“Saya dambakan gaya yang minimalis. Less is more, dan jarang sekali saya memakai aksesori dengan banyak dalam satu-satu masa. Tidak dinafikan aksesori itu pelengkap gaya. Tapi kita perlu seimbangkannya. Saya pilih untuk memakai subang yang membias rasa moden dan jarang sekali memadankannya sekali bersama rantai. I usually go for statement earrings. Subang memberi gaya yang tersendiri dan saya percaya statement earrings perlu ada dalam setiap gerobok wanita moden masa kini. It really stands out. Namun tidak dilupakan jam tangan dan gelang Cartier dari siri Love. Itu sudah memadai. Kalau dah nama wanita, harus beg tangan juga tidak terlepas pandang. Saya gemarkan yang punya gaya klasik kerana tak lapuk dek zaman. Terus boleh diturunkan kepada anak-anak nanti. Bags like Chanel are such well made and can be passed on for generations.
 
“Saya jarang membeli-belah di Malaysia dan selalunya saya banyak berbelanja kala melewati negara orang. For me, travel is always about shopping and food. Di sini saya jarang sekali makan nasi. Tapi sewaktu menjejakkan kaki ke bumi timur tengah, saya makan bagai nak gila. Bila balik ke tanah air sememangnya masa yang ada adalah untuk membakar balik semua kalori yang diambil. Antara himpunan yang punya nilai sentimental dalam gerobok fesyen saya adalah sepasang dress vintaj Celine yang dibeli sewaktu bercuti di Australia. Sudah hampir 15 tahun saya menyimpannya. Saya juga ada beberapa jaket Chanel yang dikumpul dan tentunya dibeli yang punya sentuhan klasik. Agar boleh dipakai ke anak cucu.”
 
Penata Gaya: Aizat Aidid
Penyelaras: Zuhairie Sahrom
Arahan Seni: Ashura Hakim
Gambar: Eric Chow/Blink Studio
 
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi Mac 2015
 
 

See also
100 Tahun Evolusi Beg Tangan