Penstoran Praktikal

Penstoran Praktikal

Teks: Shahril Hadi Halim
 
20 idea kami cadangkan untuk anda menciptakan ruang persalinan atau kabinet pakaian yang selesa dan praktikal serta menjadikannya lebih cantik.
 
15.curtain wardrobe
 
1. Ruang Persalinan
Jika anda bercadang membina ruang persalinan tetapi memiliki ruang yang terhad, bukakan pintu dan gantikannya dengan langsir atau tirai yang bergaya. Ia membantu menjadikan ruang lebih luas tanpa terhad dengan kehadiran pintu.
 
Poliform New entry & Ubik wardrobe systems2. Wujudkan Ruang Khas
Carikan ruang khusus yang sesuai untuk anda jadikan ruang persalinan. Adakah ruang sedia ada anda mencukupi atau anda memerlukan ruang yang lebih besar? Jika anda mahukan ruang baru, ruang manakah yang paling praktikal untuk anda jadikan sebahagian ruang persalinan anda atau anda perlu ruang baru secara keseluruhannya?
 
3. Beri Keutamaan
Kemas kini seleksi pakaian dan barangan anda. Bahagi kepada empat bahagia, simpan, mungkin disimpan, derma dan buang. Dilema yang sering kita alami adalah rasa sayang terhadap sesuatu, jika anda sudah tidak mengendahkannya mungkin ia tidak mempunyai nilai yang tinggi secara peribadi buat anda.
 
5. pembahagi ruang4. Unit Pembahagi Ruang
Untuk ruang rak penyimpanan, gunakan bekas yang terdapat di pasaran untuk membahagikan ruang di dalamnya. Untuk barangan yang lebih kecil, anda boleh menggunakan pembahagi utensil yang terdapat di pasaran.
 
wardrobe2
5. Tentukan Kedudukan
Untuk pakaian anda, tentukan bagaimana setiap satunya akan diatur di dalam almari. Pakaian yang lebih halus buatan sebaiknya digantung seperti yang diperbuat dari sutera, baju panas, kot dan jaket. Pakaian harian boleh dilipat secara kemas dan pastikan cara lipatan anda dapat memaksimakan ruang rak penyimpanan anda.
 
6. Susun Kemas
Gunakan pasu besar atau tempat meletak payung untuk menyusun barang seperti yoga matt. Selain dapat memperkemas ruang, ia juga nampak cantik seakan item dekorasi.
 
7. Asingkan Mengikut Keutamaan
Letakkan keperluan yang sering anda guna pada aras mata (eye level), yang kurang digunakan pada tingkat bawah dan jarang digunakan di tingkat paling atas. Bagasi, jaket musim sejuk yang disimpan elok sama ada di dalam kotak, but dan barangan yang digunakan untuk percutian paling sesuai diletakkan di sini.
 
8. Bekas Khas
Gunakan bekas simpanan jernih untuk memudahkan anda mencari semula sesuatu barang. Barangan seperti kasut, tali pinggang, gebar, jaket dan alatan elektronik antara bahan yang sesuai anda simpan sebegini.
 
9. material9. Jenis dan Material
Jika kebanyakan pakaian dan aksesori anda adalah terdiri daripada bahan asli seperti kapas, sutera, kulit dan sebagainya, sebaiknya jangan gunakan bekas plastik. Ini kerana ia perlu bernafas dan aginkan secara berkala untuk mengelakkan dari rosak dan berkulat. Anda boleh menggunakan raga atau bekas kayu dan alas permukaannya menggunakan kain untuk menggelakknya dari merosakkan kain anda.
 
10. Elak Ruang Lembap
Gunakan dehumidifier untuk memastikan ruang simpanan kekal kering dan tidak berbau. Tahap kelembapan yang tinggi untuk persekitaran menjadikan ianya perlu bagi memastikan ketahanan pada pakaian anda.
 
11. Rak Boleh Laras
 
Binakan rak yang boleh dilaraskan dengan mudah dan disesuaikan mengikut kegunaan tertentu. Anda mungkin mempunyai tas tangan dalam dimensi  berbeza atau ketinggian kasut tumit yang berbeza jadi dengan rak yang mudah laras anda boleh mengubahnya secara mudah.
 
12. Ruang Simpanan
Jika seluar tidak digunakan dengan kerap, sebaiknya ditempatkan dalam rak simpanan berbanding digantung. Sesetengah material akan bertanda jika digantung terlalu lama tambahan pula tidak menggunakan penyangkut khas untuk seluar.
 
13. Gunakan Penyangkut
Jika anda memiliki banyak barang  yang boleh disangkut, pasangkan cangkuk untuk memudahkan penyimpanan barang-barang tersebut. Beg tote, tali pinggang, aksesori berantai.
 
14. Asingkan Jenis Pakaian
Bahagikan pakaian anda mengikut kumpulan seperti baju panas, kemeja, seluar, tas tangan dan aturkan semuanya mengikut kumpulan. Kemungkinan anda menjumpai sesuatu barang yang anda memiliki lebih dari satu pada barang-barang tertentu.
 
15. Kenal Pasti Saiz Pakaian
Untuk pakaian yang bergantung, pastikan anda memberikan ketinggian yang bersesuaian mengikut jenis pakaian anda. Jubah, baju kurung dan dres labuh memerlukan ruang gantung yang tinggi manakala blaus dan kemeja selalunya memerlukan hanya setengah dari ketinggian seluruh almari.
 
16. dekorasi
 
16. Elemen Dekorasi
Beri perhatian kepada perkara asas tatkala mencipta ruang ini. Warna dinding, pencahayaan dan kemasan lantai haruslah dirapikan untuk menyempurnakan keseluruhan ambien. Jika anda memiliki ruang yang sempit mejadi pilihan haruslah dilakukan untuk menjadikannya nampak luas dan selesa.
 
17. Ruang Utiliti
Beri perhatian kepada perkara asas tatkala mencipta ruang ini. Warna dinding, pencahayaan dan kemasan lantai haruslah dirapikan untuk menyempurnakan keseluruhan ambien. Jika anda memiliki ruang yang sempit pilihan haruslah dilakukan untuk menjadikannya nampak luas dan selesa.
 
18. Penjimatan Ruang
Bekas yang boleh bertindih adalah praktikal dan menjimatkan ruang. Pastikan anda telah mengukur terlebih dahulu ruang yang hendak diletakkan bekas sebegini. Ini bagi memastikan ia betul-betul muat dan memaksimakan ruang yang terbiar itu.
 
interior-fascinating-girl-accessories-for-girl-bedroom-decoration-with-white-20.framed-wall-bracelet-organizer-awesome-girl-bedroom-accessories-with-bracelet-organizer19. Aksesori
Letakkan barang perhiasan yang turut membantu mengemas kini ruang. Bekas dulang bertingkat boleh dijadikan tempat meletak aksesori, dulang hidangan boleh dijadikan tempat mengatur  alat solek dan kaki lilin (candlelabra) digunakan untuk menggantung rantai leher.
 
20. Aliran Udara
Periksa ventilasi ruang persalinan anda dan pastikan tempat aliran udara ruang secukupnya mengikut keluasan ruang. Anda juga perlu memeriksa adakah ruang ini menerima pencahayaan matahari secara terus atau tidak. Jika ya, pastikan barang-barang yang diletakkan mengenai cahaya matahari adalah tidak sensitif kepada cahaya.
 
 

See also
Ruang - Mencipta Udara Segar