Penuhkan peti sejuk anda dengan diet makanan yang baik untuk membina otot seperti:
1.Telur
Dipercayai makanan bina raga paling sempurna. Setiap butir telur mengandungi asid amino untuk mengembang dan memelihara otot. Juga banyak vitamin, nutrisi penting untuk penyembuhan dan pertumbuhan semula tisu badan.
2.Ikan Salmon
4 ons salmon mentah mengandungi 207 kalori, 23 gram protein 0 gram karbohidrat, 12 gram lemak dan 0 gram serat. Sekurang-kurangnya ia mengandungi lemak yang sihat untuk badan.
3.Daging Lembu
200 gram daging lembu mentah bersamaan 50 gram protein. Namun pilih yang merah sahaja dan bukan yang bercorak seperti marble kerana ia adalah lemak.
4.Dada Ayam
Majoriti daripada kita menggemari dada ayam sebagai menu utama makanan. Baguslah! Kerana ia mengandungi protein yang tinggi dan rendah lemak serta rasanya juga enak!
5.Susu Rendah Lemak
Minum susu rendah lemak kerana ia protein yang lambat hadam serta membekalkan asid amino dalam jangka masa panjang.
6.Keju Bebas Lemak
Mengandungi nutrisi asas iaitu protein dan penting untuk membina tenaga. Setengah cangkir keju halus mengandungi 80 kalori dan 16 gram protein di dalamnya.
7.Kekacang
Jadikan ia snek makanan sihat anda. Setiap kacang mengandungi khasiat tersendiri.
TIGA YANG HARUS DIJAUHI
Makanan yang mengandungi:
1. Minyak kelapa
Mengandungi 91 peratus lemak tepu.
2. Minyak sawit
Mengandungi 51 peratus lemak tepu dan hampir tiada inflamasi pengurangan Omega 35.
3. Minyak kapas
Tinggi Omega 65 dan mengandungi 27 peratus lemak tepu.