10 Soalan Bersama Nik Nafisah Marini Kamil

10 Soalan Bersama Nik Nafisah Marini Kamil

Nik Marini
 
Bergelar model sejak era 80-an, Nik Marini kini masih lagi langsing jelita. Sebagai CEO di syarikatnya sendiri, Marini Signatures, dia menghasilkan produk kecantikan berteraskan organik. Ibu tunggal empat anak ini baru bulan lepas menerima menantu. Selorohnya, dia berharap agar tidak terlalu cepat menimang cucu!
 
1. Cinta terhebat?
Keempat-empat cahaya mata saya.
 
2. Saat paling menggembirakan?
Sewaktu membesar. Tanpa rasa risau, hanya belajar dan bermain. Makan apa sahaja tanpa memikirkan berat badan naik.
 
3. Kebahagiaan sempurna adalah…
Berbelanja seperti tiada hari esok, seolah-olah tiada apa yang perlu dirisaukan dalam dunia ini.
 
4. Perkara paling ditakuti?
Jatuh sakit dan hilang kudrat untuk menjaga anak-anak.
 
5. Pembelian termewah?
Saya berbelanja dalam kadar sederhana. Tapi baru-baru ini saya ada beli tilam yang harganya RM 25,OOO. Saya mngharapkan ia dapat mengurangkan sakit belakang. But it didn’t really work anyway!
 
6. Harta paling berharga?
Selain diri saya? Haha… tentu sekali anak-anak.
 
7. Cita-cita sewaktu kecil?
Saya mahu jadi terkenal. Guess I was almost there.
 
8. Filem yang jalan ceritanya mirip kehidupan sendiri?
Kisah hidup saya unik dengan caranya yang tersendiri. Jadi jawapannya tiada.
 
9. Nasihat terbaik untuk anak gadis di hari persandingannya?
Pertama sekali, “Are you sure about this?” Kedua, “Don’t have too many babies becaus this glama (grandma) is not going to be around much to help take care of them!” Tapi secara seriusnya, saya tiada apa-apa nasihat untuk dikongsi kerana ibu saya sendiri tidak memberi sebarang nasihat ketika saya berkahwin.
 
10. Mantra hidup?
Follow your heart but take your brain with you.
 
 

See also
Identiti Tersendiri Amal Clooney