Elak Kuman Pada Alat Solek

Elak Kuman Pada Alat Solek

backstage Spring 2016Gambar: TPGVIP

 
Setiap kaunter kecantikan ada pelindung kuman namun bagaimana pula dengan beg solek anda? Untuk solekan selamat, ikuti saranan GLAM ini.
 
Penggaris bibir, kening dan bibir
Sebelum menggunakan alat solek ini, pastikan anda mengasahnya terlebih dahulu. Asah sekurang-kurangnya tiga pusingan dengan pengasah nyah jangkit. Kesemua kotoran yang tercemar berada pada pangkalnya, setelah mengasah nya anda tidak perlu bimbang untuk menggunakannya semula.
 
Kelongsong concealer dan gincu
Jika mahu menggunakan concealer atau gincu, sapu bahagian atas dengan tisu basah dan mulakan aplikasi dengan aplikator pakai buang atau berus wajah bukan menggunakan tangan anda mahupun bantuan penasihat solekan di kaunter kecantikan.
 
Pemerah pipi dan bronzer
Pemerah pipi dan bronzer berbentuk serbuk boleh mengundang bakteria seperti juga jenis krim atau cecair. Jadi, lapkan dengan pad alkohol dan kemudian gunakan tisu dan perlahan-lahan menarik lapisan atas supaya anda tidak mengaplikasikan serbuk basah tadi.
 
Pengilat bibir dan bedak tabur
Jauhi dua jenis tester ini. Apa jua yang berada di dalam balang yang bisa di celup oleh seseorang lain bukan sahaja tercemar di bahagian atas sahaja, ia merangkumi keseluruhan produk and there’s no way to clean it! Perlu diingat sekiranya anda memilikinya, hindarkan dari dipinjam teman juga orang lain. Cukuplah sekadar anda sahaja!
 
Bedak asas
Walaupun ia berbentuk pam atau didalam tiub, lapkan lapisan atas dengan pad alkohol. Jika ragu-ragu skip it! Cuba jenis lain dan usah ambil risiko!
 
Fakta: Testers paling tercemar pada hari Sabtu kerana pengunjung pusat membeli belah adalah lebih tinggi pada hujung minggu berbanding hari biasa. Berkunjung lah pada hari least-germy yakni pada Jumaat dan Rabu pagi.
 
 

See also
GLAM Junior: Welcome to the Tea Party