Teknik Yoga Mudah

Teknik Yoga Mudah

studio 214201

Teks: Sufian Sapari
Gambar: Patrick Chan
Arahan Seni: Azreezal Hafidz
Model: Mattthew Kemp

Bebaskan segala beban di minda dengan teknik yoga khusus untuk yang baru belajar. Mungkin teknik ini membantu meningkatkan energi positif anda. So, let’s meditate.

1. WARRIOR I
 

1. Virabhadrasana I/ Warrior I
Langkah kaki kiri ke depan seperti memasang ‘kekuda’. Yang penting pastikan lekuk lutut menghampiri 90 darjah dan tumit kaki kanan menjadi 45 darjah. Ia seakan menenangkan otot tunjang, membuka dada ke hujung tangan. Kekalkan pose ini sehingga lima ke sepuluh kali pernafasan kemudian kembali berdiri tegak perlahan-lahan. Secara umumnya kita menyimpan banyak tekanan di dada dan pinggul. Pose Warrior 1 mewujudkan ruang di kawasan tersebut.

2. WARRIOR II

2. Virabhadrasana II / Warrior II
Posisi kaki kekal cuma berubah posisi kaki kanan mengikut hadapan badan. Kedua-dua tangan mendepa lurus serta kepala fokus ke hujung jari. Tulang belikat, pinggul sebagai penyokong antara badan dan kedua kaki dan kekuatan pinggul teruji pabila bend posisi itu. Kekalkan posisi ini selama 30 saat ke seminit. Kembali berdiri tegak dan ulang dengan sebelah kaki. Fleksibiliti otot-otot tangan, bahu, pangkal peha dapat ditingkatkan.

See also
Lazy Sunday di Strato, Troika Sky Dining

4. SIDE STRETCH

3. Parsvottanasana/ Side Stretch
Seperti namanya, pose ini regangan sengit untuk seluruh tubuh badan. Tapak kaki sama seperti triangle pose. Kedudukan sebelah tangan, tulang belikat dan kaki perlu sejajar lurus dan kepala mendongak sedikit. Jika keseimbangan terganggu, sebelah tangan tak perlu menyentuh lantai malah letakkan ia ke kaki. Ulang di sisi lain untuk keseimbangan sama. Kebaikan pose ini adalah satunya meningkatkan sistem penghadaman, ‘mengurut’ perut dan hati serta memperbaiki kulit, rambut, mata dan ‘merehatkan otak’.

3. TRIKONASANA

4. Trikonosana/ Triangle
Kedua-dua tapak kaki arah berlainan – ke depan dan ke sisi namun, pastikan ia 90 darjah. Kali ini kedudukan tangan mendepa secara vertikal lurus untuk kedua-duanya. Bentuk segi tiga dapat dilihat dari celah kaki dan jari membunjut dan celah bawah lengan. Ingat! Jangan terlalu memutarkan leher, jika berasa sakit, perlahan-lahan melihat ke depan lalu naikkan kembali. Berat badan akan ‘beralih’ di kawasan kaki, otot hemstring dan bahagian luar pinggul dapat diregangkan.