Retorik: The Host-ess with the Most-est - oleh Kem Salleh

Retorik: The Host-ess with the Most-est – oleh Kem Salleh

ING_42097_00243

Gambar: Ingimage

 
Oleh: Kem Salleh
 
Entertaining atau konsep merai tetamu sudah menjadi suatu trend di kalangan masyarakat moden dan elit di negara kita. Ini adalah suatu yang positif kerana melalui majlis sebeginilah kita dapat mengeratkan lagi silaturrahim. Tetapi kita sebagai tuan rumah kadang-kala terlupa etika sebenar dalam menyambut tetamu kerana perhatian lebih tertumpu pada bab-bab makanan, tema hinggalah ke dress code.
 
Pada saya, para tetamu sepatutnya menjadi top priority and they should be treated like Kings and Queens!
 
Pernah saya diberitahu “Dah bagi makan, cukuplah. Tak payah nak susah payah buat cantik-cantik… buat penat badan saja!” Terdiam saya seketika. Nampak sangat tidak ikhlasnya. Saya percaya yang entertaining should come from the heart. Bukan sebab mahu menunjuk-nunjuk. Sekiranya kita ikhlas, apa yang kita lakukan tidak menyusahkan apalagi memenatkan.
 
Perancangan harus ada. Pemilihan tetamu harus dibuat teliti. They must be of the same wavelength dan tiada permusuhan. Majlis akan menjadi meriah kerana perbualan akan lebih rancak dan terbuka.
 
Saya dah biasa ditanya, “Siapa lagi yang datang?” Dari persoalan itu kita dapat jangkakan apa didalam pemikiran tetamu-tetamu yang diundang. Pernah saya ‘terjemput’ dua selebriti ternama beraya di rumah saya tanpa mengetahui yang mereka berdua pernah berselisih faham. Nasib baik mereka sporting dan kebetulan pula ia majlis hari raya. Mereka pun saling bermaaf-maafan walaupun tampak janggal. Suatu pengajaran bagi saya, it will never happen again!
 
Sebagai manusia kita tidak boleh lari daripada kritikan orang. Kerap juga kita mendengar tetamu-tetamu mengeluh mengenai makanan tidak sedap, tidak cukup atau tidak memuaskan. Sebagai tuan rumah, kita harus prihatin mengenai pemilihan menu agar bersuaian. Sekiranya ada tetamu yang tidak gemar daging, kita harus menyediakan pilihan lain. It’s better to know who your guests are!
 
Begitu juga dengan manisan atau desserts. Sekiranya buah-buahan dihidangkan, saya lebih gemar buah-buahan yang kurang berair dan tidak payah membuang kulit atau biji. Ini lebih menyenangkan tetamu memakannya. Elakkan buah-buahan saperti pisang, oren dan anggur berbiji.
 
Lebih menyelerakan lagi sekiranya kita menggunakan set pinggan mangkuk yang bersesuaian dan menarik bila menghidangkan makanan. Seni merai ada pelbagai cara dan tidak semestinya kita perlu menggunakan jenama-jenama terkenal.
 
Asingkan meja yang menghidangkan makanan. Even though we host sit down entertaining, separating salads, desserts or beverage area from main table. Ini akan meriahkan lagi majlis kita kerana tetamu-tetamu tidak hanya duduk sepanjang majlis makan tetapi turut banyak membuat pergerakan sambil berinteraksi.
 
Seperti juga fesyen, food presentation mencerminkan gaya dan cita rasa tuan rumah.
 
Sudu, garfu, pisau dan pinggan plastik atau kertas? Cuba elakkan sekiranya kita mampu berbuat demikian. Memanglah senang pakai buang tetapi malangnya ia tidak mesra alam. Lagi pun, amat tidak praktikal dan menyusahkan terutama  hidangan seperti ayam goreng, grilled lamb ataupun lauk-pauk yang berkuah dihidangkan. Very inconvenient and messy! Biarlah tetamu-tetamu yang hadir dilayan penuh keselesaan dan bukan menyusahkan.
 
Napkin is also a must! Letakkannya di tempat yang senang diambil tetamu. Warna dan cara lipatan juga boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti masing-masing. Ia akan tampak menarik dan ekslusif jika disuai padankan bersama napkin ring holder. Satu lagi, toilet paper is a no no! Ia bukan untuk mengelap mulut rezeki, jadi tolong elakkan!
 
Sebagai tuan rumah, tentu sekali yang menjadi hosnya adalah kita dan bukan televisyen. Tetapi janganlah jadikannya suatu alasan membiarkan tetamu-tetamu kita menonton televisyen sambil menjamu selera. Saya perhatikan tumpuan hanya di kaca televisyen dan bukan berinteraksi antara satu dengan lain. That’s anti social! Entertaining is about social interaction and communication among guests and host.
 
Buah tangan sangat dialu-alukan untuk setiap tetamu yang hadir. Sama ada buah tangan diperbuat sendiri ataupun dibeli atau ditempah, tetamu akan rasa dihargai. Saya lebih gemar membuat sendiri mengikut tema apalagi sekiranya majlis private dengan bilangan tetamu yang terhad.
 
Mungkin buat sesetengah orang, bunyinya menyukarkan. Namun tidak bagi saya. Bagi saya, jika niat ikhlas dari hati, tiada apa yang menyusahkan. Kesimpulannya, rancanglah dengan baik dan teliti dari semua aspek apabila kita hendak menjadi hos atau tuan rumah yang baik. It’s good to see your guests come and leave with smiles on their faces and tell you, “You are the host-ess with the most-est!”
 
 

See also
Kediaman - Gaya Segar Urban Kontemporari