Sharifah Aleya Dan Anak Kembarnya

Sharifah Aleya Dan Anak Kembarnya

SHARIFAH ALEYA2
 
Bukanlah sesuatu yang mudah untuk menguruskan anak, apatah lagi cahaya mata kembar yang ternyata merupakan cabaran berbeza buat ibu bapa. GLAM Junior menemu bual Sharifah Aleya yang berkongsi pengalamannya sebagai ibu kepada pasangan kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena.
 
“They are only 5, and they are already their own persons. That is what like about my twins!,” cerita Aleeya berbangga. Punya sepasang kembar dengan jantina yang sama, siapa yang paling rapat dengan anda? “I have no choice, saya rapat dengan kedua-duanya. Mereka takut dan sayangkan saya dalam masa yang sama. Ada masanya mereka manja, mengada-ngada dan juga takut kerana saya sebagai anak pertama, saya sedikit garang pada adik-adik dan begitu juga dengan anak-anak saya.” Memandangkan Aleya kini baru habis berpantang dan sudah bersara dari HotFM setelah berkhidmat hampir lapan tahun, dia berkata, “Sekarang ini saya sedang membiasakan diri dengan anak-anak di rumah tapi takut mereka pula tak boleh terima kehadiran saya yang kerap dirumah berbanding sebelum ini.”
 
Bila disuruh mendefinisikan kedua puterinya, “Untuk menyenangkan cerita, Aza Ameena is like the mini version of Sharifah Amani while Asha Ameena is the mini version of Sharifah Aleya. Tapi untuk mendalami lagi watak mereka, Aza is more of an introvert. She likes to study people first. Adik dia, Asha pula jenis yang sangat senang berkawan. Bila jumpa kawan sebaya atau lebih tua, dia boleh hilang. Cepat berkawan padahal baru sahaja jumpa. She finds it easier to mix with friends, which is a good thing because then she will bring her sister as well.
 
Apa pula hobi mereka? “Buat masa sekarang, mereka suka menonton DVD. Because they are not allowed to play with iPad, iPhone, other nonsense gadgets at home. Jadi hanya DVD sahaja dibenarkan. Mereka sangat petah. I don’t know where they get their ideas, especially Asha. Minat mereka lebih kurang sama, tetapi Asha lebih outgoing. Keduanya gemarkan muzik, mungkin kerana bapanya seorang komposer. Yang menariknya, walau lagu apa sekali pun, dengan lirik lagu duka lara, mereka akan hafal liriknya.”
 
SHARIFAH ALEYA
 
Aleya juga berkongsi hari dia mendapat tahu akan kandungannya, “Kami mendapat tahu pada bulan ke empat kandungan. Pada hari itu macam-macam berlaku. Berdepan dengan pembuli jalan raya yang memecahkan cermin depan kereta saya dan terpaksa membuat laporan di dua balai polis berbeza. Dan saya masih pergi kerja dan oleh sebab itu tekanan darah saya naik. Dan kebetulan saya ke klinik pada hari yang sama. Selepas diperiksa doktor memberitahu saya mengandung anak kembar. Gembiranya bukan kepalang. Saya menangis gembira, alhamdulillah. Malam itu, kami makan malambersama ibu bapa saya, dan mereka saya sangat gembira kerana ia adalah cucu pertama dan terus mendapat dua orang pula. Alhamdulillah, Tuhan maha adil.”
 
“Saya amat berharap mereka akan menjadi diri mereka sendiri. Tidak membandingkan diri dengan orang lain, kanak-kanak perempuan lain. I just want them to be themselves, the best version of themselves. InsyaAllah. Tidak lupa keluarga dan Alllah. Itu sahaja. Untuk yang lain, supaya mereka mencari jalan mereka sendiri tidak kiralah mahu mengikut jejak langkah saya atau mak cik atau ayah mereka ataupun orang lain, asalkan mereka selesa dan dengan niat yang ikhlas,” antara harapan Aleeya kepada puteri-puterinya.
 
*Dipetik dari GLAM Junior edisi April 2015
 
 

See also
Trend Warna Rambut Pertama Untuk 2017: Blorange