Petua Kecantikan Tradisional Selebriti

Petua Kecantikan Tradisional Selebriti

Tidak dinafikan akan keberkesanan produk penjagaan wajah di pasaran, namun selebriti-selebriti cantik ini turut gemar mengamalkan petua kecantikan tradisional.
 

NadiyaNisaaGambar: Arkib GLAM

 
Nadiya Nisaa
Seakan menjadi tradisi keluarga saya apabila berkumpul bersama, kami sering menyapu telur putih sebagai pupur wajah. Ianya bertujuan untuk menyingkir sel-sel kulit mati serta mampu memutihkan kulit. Ibu serta adik lelaki saya turut sama melakukannya!
 

KilafairyGambar: Instagram Kilafairy

 

Kilafairy

Saya mengamalkan sapuan bedak sejuk di wajah. Ternyata ianya amat berkesan dalam mengurangkan kegatalan atau radang di muka. Jika tompok kemerahan timbul di wajah, cuba sapuan bedak sejuk dan lihatlah hasilnya!
 

JulianaEvansGambar: Arkib EH!

 
Juliana Evans
Rawatan rambut yang berkesan bagi saya adalah sapuan minyak pati kelapa. Sebelum sapuan perapi rambut, aplikasi minyak kelapa melembutkan serta melicinkan lagi rambut. Tiada lagi rambut kusut atau susah diurus.
 

ThanujaGambar: Arkib GLAM

 
Thanuja Ananthan
Berasal dari keluarga tradisional India, rawatan tradisional sememangnya sebahagian dari kehidupan. Ibu saya menggunakan kacang hijau sebagai skrub, manakala saya pula menggunakan garam dan gula sebagai skrub badan. Pupur madu lebah  amat berkesan untuk mengembalikan kesegaran di wajah. Saya mengamalkannya seminggu sekali atau selepas seharian menghabiskan masa di lokasi penggambaran atau penerbangan. Untuk mengekalkan kesihatan dalaman badan, minuman campuran kunyit dan asam jawa merupakan rutin saya.
 
 

See also
A-List GLAM: Jane Chuck