Datin X: Lelaki Pun Terdesak Juga

Datin X: Lelaki Pun Terdesak Juga

AhyaGambar: Arkib GLAM

 
Satu hari kawan Datin X membawa berita mengenai seorang businessman berusia 43 tahun. Katanya sudah break off dengan latest girlfriendnya. Kami yang mendengar ambik endah tak endah saja. Mengenali lelaki ini sejak muda, bisik hati Datin X, padankan muka kau!
 
Sewaktu tengah muda trang tang tang dulu, lelaki tersebut memang menjadi pujaan ramai wanita. Digilai kerana raut wajahnya yang handsome, tubuh gagah segak persis model. Pandai ambil hati, charming pula tu. Waktu itu dia bolehlah digelar sebagai the most eligable bachelor in town dan sesiapa yang dapat dating dengannnya kira bertuah sangatlah. Glamor!
 
Memang ramailah gadis-gadis yang tersangkut dengannya tetapi lelaki ini pun boleh tahan memilih juga orangnya. Tapi cita rasanya tinggi. Yang dilayannya hanya anak-anak hartawan yang kaya-raya selain selebriti popular atau model cantik sahaja. Datin X masih ingat lagi, megah benar dia jadi piala pusingan. Masuk ke kelab, jalan pun berkepak saja. Dia tahu semua orang akan memerhatikannya. Orang handsome lah katakan!
 
Mengungkit kisah silam, kami semua setuju yang businessman ini bijak betul memanipulasi wanita yang head over heels in love dengannya. Dia mengaut segalanya, dari peluang perniagaan hinggalah peluang untuk membawa ke kamar tidur. Tapi yang membuatkan Datin X meluat, habis madu sepah dibuang. Ramai yang frust menonggeng bila ditinggalkan dan ramai jugalah yang menyumpah seranah tak puas hati. Siapa tak marah, gaya bercinta bagai nak rak; siap janji nak kahwin semua… tup tup, ditinggalkan begitu saja!
 
Kalau cakap pasal sumpah ni, kita jangan ambil ringan. Kalau sudah dianiaya, sumpah memang boleh mengena. Businessman itu tadi, dari muda, handsome and eligable; sekarang sudah berusia, masih lagilah handsome tapi tak diingini lagi. Wanita-wanita yang dipermainkannya dulu semua sudah berkahwin dan berkeluarga. Dia saja yang masih bujang dan masih tercari-cari.
 
Tapi ada hati lagi tu, nak tangkap yang muda-muda. Jangan tak tahu, gadis zaman sekarang, setakat muka saja handsome mereka tak hadap. Muka tak handsome tidak apa asalkan poket penuh. Businessman tadi, dia selalu jaja cerita mengenai dirinya sebagai ‘ahli korporat’. Padahalnya, semua itu cakap kosong saja. Banyak perniagaannya lingkup, cuma orang yang tak tahu saja.
 
Kalau dulu dia permainkan wanita, sekarang wanita pula yang mempermainkan dia. Businessman itu kini dilayan sebagai teman suka-suka, sebagai teman untuk dibawa ke majlis, sebagai kawan peneman makan malam, sebagai kawan untuk gosip dan ketawa. Kalau pergi ke mana-mana event, dia tidak lagi menjadi centre of attraction, malah kadang-kala orang rasa seperti kehadirannya pun buat menyemak saja. Hish, muka mamat ni lagi!
 
 

See also
Retorik: Jenayah Peculikan Kanak-Kanak - oleh Low Ngai Yuen