Anak perempuan kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ini adalah seorang wanita bekerjaya, isteri dan ibu kepada tiga cahaya mata. Menjawat jawatan sebagai Naib Presiden Komunikasi dan Perhubungan Korporat di Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Nurulhidayah, senantiasa mendahulukan tugasnya sebagai ibu biarpun urusan di pejabat bertimbun banyaknya.
1. Wanita adalah?
Tulang belakang bagi seorang lelaki! Semestinya adalah pelengkap buat kehidupan seseorang, baik sebagai seorang isteri mahupun sebagai ibu kepada anaknya. Siapalah lelaki atau suami tanpa kehadiran seorang isteri.
2. Siapa ikon di mata anda?
Ayah saya, kerana saya dibesarkan dengan melihat sepenuhnya cara dia mengagihkan masa untuk bekerja juga memikul tanggungjawabnya terhadap keluarga juga untuk masyarakat.
3. Nasihat paling bernilai…
Nasihat daripada ayah. Dalam pada kita menolong orang jangan kita harapkan balasan sesama manusia. Kita harus ikhlas dalam memberikan pertolongan kepada yang memerlukan.
4. Tiga item penting yang mesti dibawa? Lipbalm, a miniture perfume and of course handphone.
5. Politik adalah?
Adalah suatu yang sangat rumit!
6. Paling tenang apabila?
Bila melihat akan gelak ketawa anak-anak tercinta. They’re my precious treasures!
7. Kerja amal yang dekat di hati anda?
Apabila menghabiskan masa bersama anak-anak Anugerah Keluarga Besar Norlina Alawi.
8. Perkara yang paling anda takut?
Kematian… Memikirkan tentang persediaan dan amalan di dunia buat menghadapi hari akhirat kelak.
9. Label kegemaran?
Saya gemarkan Chanel khasnya untuk beg tangan.
10. Lokasi percutian hebat?
Semestinya Pulau Santorini di Greece!