Do's and Don'ts Menghias Bilik Tidur

Do’s and Don’ts Menghias Bilik Tidur

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Kita sering terlepas pandang untuk mengisi ruang kamar dengan elemen-elemen yang memberi manfaat kepada minda, fizikal dan visual. Bayangkan setelah penat berkerja dan pulang ke rumah dalam keadaan bilik yang bersepah dan tidak terurus. Ini bukan langkah bijak untuk merehatkan diri malah menambahkan rasa penat dan serabut sehingga kita berehat di luar kediaman.

 

Oleh itu untuk menghasilkan satu ruang yang boleh memberi terapi kepada kita, ruang kamar perlu diberi penekanan yang berbeza. Berikut adalah panduan yang boleh diikuti untuk menghasilkan ruang kamar yang selesa, kemas, bersih dan seterusnya memberi terapi terbaik untuk diri.

 

  1. Pastikan kedudukan katil tidak mengadap pintu masuk bilik tidur anda. 
  2. Kepala katil boleh diletakkan di bahagian dinding kosong bersebelahan dengan tingkap, atau selari dengan kedudukan dinding kosong (bergantung kepada keluasan dan jenis ruang kediaman) 
  3. Jika ruang tidur anda terhad dan bersaiz kecil elakkan penggunaan lampu tidur atau meja sisi di bahagian kiri dan kanan katil. Satu meja kecil sudah mencukupi. 
  4. Perabot asas bilik tidur perlu lengkap dengan almari baju, meja solek, meja sisi dan yang paling utama katil. Oleh itu perabot yang tidak berkenaan perlu dikeluarkan jika tidak digunakan. Ini dapat memberi ruang agar lebih luas dan sejuk mata memandang.  
  5. Pastikan tempat menyangkut pakaian tidak di letakkan sesuka hati di bahagian bilik tidur. Tempatkan di bahagian yang terlindung atau tersorok dari pandangan mata. Ini bagi mengelakkan rasa sesak ketika anda melabuhkan diri di atas katil.
See also
GLAM Deko Diari - Aroma Antonio Banderas

 

 

BEDROOM_HERO2