Eksekutif Herve Leger Dipecat

Eksekutif Herve Leger Dipecat

Herve LegerHerve Leger musim sejuk 2015. (Gambar: TPGVIP)

 
Kecoh apabila seorang eksekutif dari Herve Leger membuat kenyataan hanya wanita tertentu sahaja yang boleh menyarungkan bandage dress dari label itu!
 
Patrick Couderc, Pengarah Urusan MJH Fashion iaitu pengedar utama jenama Herve Leger di London memberitahu sebuah akhbar tempatan Ahad lalu bahawa “Voluptuous women, serta wanita yang mempunyai pinggul lebar serta dada rata” tidak boleh menyarungkan dress terkenal dari label itu. Dia turut menambah, “wanita yang hanya memakai celana seumur hidupnya tidak akan membeli dress Herve Leger”.
 
Label itu terus membuat kenyataan rasmi menerusi laman sosial mengenai perkara itu, “Herve Leger oleh jenama Azria beserta syarikat induk BCBGMAXAZRIA Group amat terkejut dengan kenyataan oleh Patrick Couderc itu.” Label itu juga menyatakan akan bekerjasama dengan  MJH Fashion untuk mengambil langkah seterusnya.
 
Kini, MJH Fashion mengumumkan bahawa Couderc tidak lagi mempunyai kaitan dengan syarikat itu.
 
 

See also
Clash de Cartier : Cita Rasa Dua Karakter Berbeza, Satu Rekaan