“Saya tidak akan berhenti modelling” - Cara Delevingne

“Saya tidak akan berhenti modelling” – Cara Delevingne

Oleh: Mujahid Saddam

 

Cara__Gambar: TPGVIP

 
“Saya tidak akan berhenti modelling, tidak akan bersara dari dunia peragaan. Saya hanya fokus terhadap lakonan filem pada waktu ini,” demikian ujar Cara Delevingne mengenai khabar angin bahawa dia bakal membawa haluan dari kerjayanya sebagai seorang peragawati.
 
Menerusi temu bual bersama The Hollywood Reporter, dia menjelaskan mengenai ura-ura itu yang hangat diperkatakan kelompok fesyen. Semuanya bermula selepas dia meninggalkan agensi modellingnya di London iaitu Storm Models.
 
Tambahnya lagi, “Karier berubah seiring dengan pembangunan diri ketika usia semakin meningkat. Saya masih mempunyai hubungan rapat dengan mereka yang pernah bekerjasama dengan saya.” Namun dia turut menambah bahawa dia tidak akan lagi berjalan di pentas peragaan serta tidak akan terlibat dengan minggu fesyen.
 
Dia yang turut mempunyai hubungan rapat dengan Karl Lagerfeld sempat bercerita mengenai sokongan legenda fesyen itu terhadapnya, “Karl sentiasa tahu bahawa sememangnya saya ingin menceburi lakonan.”
 
It Girl itu kini sibuk mempromosikan filem terbaru lakonannya, Paper Towns dan bakal muncul dengan beberapa buah filem yang akan terus mengukuhkan lagi namanya di industri filem.
 
 

See also
Alessandro Michele Bakal Terima Anugerah International Fashion Designer of the Year