*Updated: Rumah fesyen Balenciaga telah mengesahkan bahawa Alexander Wang akan membawa haluan dari label itu.
Laporan dari WWD kencang mengatakan bahawa Alexander Wang bakal keluar dari label Balenciaga.
Selepas tiga tahun menjawat sebagai Pengarah Kreatif di rumah fesyen itu, ibu pejabat Kering yang juga memiliki barisan jenama mewah antarabangsa memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak pereka itu bersama Balenciaga. Menurut laporan itu lagi, Kering sedang mencari pengganti baru yang kurang dikenali.
Wang bakal mempersembahkan koleksi terakhirnya bersama Balenciaga di pentas Minggu Fesyen Paris yang dijadualkan pada September nanti.
Balenciaga Musim Luruh/Sejuk 2015. (Gambar: TPGVIP)