Strategi Oles Gincu Rona Plum

Strategi Oles Gincu Rona Plum

Lily CollinsGambar: TPGVIP

 
Strategi mengoles gincu rona merah hati ini sememangnya agak kompleks dan selalunya gagal sedari percubaan awal. GLAM tunjuk cara betul menggayakannya.
 
1. LULUR BIBIR bersama kain lembap urut sedikit krim mata, ia mengandungi ekstra lembapan daripada salap bibir biasa. Selepas seminit, tekap bibir dengan tisu. Pewarna tak akan melekat pada permukaan lembap.
 
2. PILIH TEKSTUR ala tint dan formula glos buat bibir nampak lebih mungil. Manakala pigmen tinggi serta kemasan matte agak rumit, kerana bibir akan kelihatan ekstra kering. Dan nuansa gothik ini tidak sesuai digayakan dengan tekstur satin, it seems like neither here or there.
 
3. EFEK GLOS boleh tahan lama jika anda menyapu penggaris bibir daripada warna sama terlebih dahulu pada seluruh bibir sebelum glos. Jangan lukis garisan sekeliling bibir. Oles glos serata bibir dan beri dos ekstra pada cupid’s bow juga tengah bibir bawah.
 
4. GINCU PIGMEN TINGGI perlu diaplikasi dengan berus, jangan sesekali mencalit terus daripada bekasnya. Mulakan dengan bibir bawah, kemudian pedap bibir bersama serta kemaskan bersama jari. Skip lip liner, bibir akan hanya nampak lebih kecil.
 
5. BIBIR NIPIS perlu dua lapisan, gincu dan glos untuk cipta ilusi bibir tebal. But don’t over-glossy it.
 
6. CAREFULLY plunge your index finger into your mouth, and move it around to remove color from the inside.
 
 

See also
Punca Perceraian Janet Jackson dan Gambar Pertama Eissa Al Mana