Tip Makan Angin Di New Delhi

Tip Makan Angin Di New Delhi

Rozita Che Wan di New Delhi2Gambar: Rozita Che Wan di New Delhi. (Arkib GLAM)

 
Bagi yang belum pernah mengunjungi New Delhi, anda pasti kagum dengan keindahan yang dimiliki ibu negara India ni. Banyak yang boleh diterokai di kota yang mempunyai variasi penduduk dari penempatan masyarakat di kampung sehinggalah ke penempatan penduduk moden. New Delhi yang terletak di antara bukit Aravalli dan sungai Yamuna ini menjanjikan kehebatan di kala anda bersiar-siar melawat sekitar ibu kota ini!
 
Hotel
Bangunannya yang tersergam indah berwarna putih dibina pada 1931, The Imperial, adalah antara hotel yang terbaik di sini. Sebelum menuju ke pintu masuk, anda akan melalui sebuah padang berumput hijau yang luas dihiasi pokok palm sudah membuatkan anda teruja untuk bermalam di situ. Apabila menjenguh ke dalam, anda disambut dengan sentuhan lantai marmar dan mata tertarik melihat perabot jati rosewood serta siling tinggi milik bangunan itu. Mempunyai 231 buah bilik dan 43 suites dengan kemudahan seperti telefon, internet berkelajuan tinggi dan 33 buah siaran televisyen di setiap bilik. Di kamar mandi, pihak hotel menyediakan rangkaian produk Fragonard kepada pelanggan mereka. Untuk pengetahuan anda, Deco Suites mereka adalah yang tercantik! Anda bakal dibawa bersiar-siar oleh pekerja mereka di sekitar hotel jika anda mahu! Terdapat beberapa buah restoran, seperti Spice Route yang mengenengahkan rococo interior, dimana anda boleh nikmati hidangan makanan Asia. Buat yang mahukan hidangan berkonsepkan Perancis, bolehlah ke restoran 1911 Brasserie! untuk hidangan tempatan. Anda boleh menikmatinya di Daniell’s Tavern sambil melihat koleksi lukisan asli milik Daniell, seorang pelukis landskap. Di sini terletak satu-satunya butik Chanel di New Delhi! Selain itu, hanya 17 minit berjalan kaki dari hotel ini ke Connaught Place. Mudah sungguh!
 
Makan
Untuk merasai kehebatan budaya India Utara ini, anda bolehlah ke Chor Bizzare yang terletak di Hotel Broadway di sini. Selain itu, mereka juga mempunyai cawangan lain yang baru dibuka di kawasan suburb Noida di sini dan juga Mayfair di London. Diambil dari istilah Chor Bazaar yang membawa maksud ‘pencuri pasaran’ dan sememangnya ia adalah kisah benar dimana chefnya mencuri resipi dari seluruh India. Tidak hairanlah jika ada golongan atasan yang hanya datang ke sini semata-mata untuk menikmati chaat di sini. Ramai yang sering menikmati Bhel Puri, namun yang paling menjadi kegemaran ramai adalah Kashmiri thali, dimana ia merupakan set makanan yang sering kali berubah setiap hari dan dihidangkan di atas loyang. Restoran ini juga menyediakan wazwan, 36 sajian hidangan yang berbeza! Terlalu menarik untuk mencuba kesemuanya!
 
Kunjung
Antara tarikan di New Delhi ini adalah seperti bangunan-bangunan peninggalan seperti di sekitar Qtab Minar di Selatan New Delhi. Manakala jika anda ke Hauz, anda boleh melihat keindahan bangunan peninggalan Siri di sana. Feroz Shah Kotla juga sebuah peninggalan istana di abad ke-13 adalah antara tempat menarik lain yang boleh dikunjungi selagi anda masih disini! Kepada penggemar shopping, anda lebih disarankan ke Connaught Place, satu sisi moden di India yang anda boleh alami di sini dengan rangkaian butik, restoran, panggung dan pelbagai lagi!
 
 

See also
Bella Hadid Duta Terbaru Jenama Jam Tangan Mewah Tag Heuer