Tip Makan Angin Di London

Tip Makan Angin Di London

Kavita Sidhu di LondonGambar: Kavita Sidhu di London. (Arkib GLAM)

 
Ya, kota magis! Kota yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia. Tidak perlu takut jika anda bercuti sendirian sekalipun kerana London sentiasa hidup! Kebanyakan restoran dan pusat hiburan yang buka hampir setiap masa. Luangkan masa untuk menghayati keindahan seni bina dan mendalami tentang bangunan bersejarah di sekitar London.
 
Hotel
Lokasinya yang begitu strategik berdekatan Bond Street, Hyde Park, Convent Garden dan the Houses of Parliament, Claridge menjadi tumpuan penginapan untuk pelancong bermalam di sini. Terletak di Mayfair, bangunan hotel berdekorasi mewah ini masih kukuh berdiri walaupun telah dibina lebih sedekad yang lalu pada tahun 1898. Mempunyai banyak masa terluang dan tidak tahu ingin ke mana? Hotel ini turut menyediakan kemudahan gimnasium di The Olympus Health and Fitness suite mereka! Dan jika anda berpeluang menginap di sini, jangan lupa untuk mencuba hidangan masakan Eropah yang disediakan oleh chef yang menjadi antara tiga chef Michelin yang terhebat di England iaitu Gordon Ramsay.
 
Makan
Teruskan pengembaraan anda dengan mencari tempat makan terbaik di London ini dengan menikmati hidangan di restoran China Tang milik sosialit terkenal, David Tang. Terletak di sekitar Park Lane membawakan anda pelbagai menu istimewa masyarakat Kantonis. Suasananya yang berkonsepkan kemewahan Shanghai pada tahun 20-an membawa kita ke suatu masa yang lain sambil dihidangkan menu seperti itik panggang, braised abalone dan udang goreng istimewa. Selain itu, mereka turut menyediakan nasi goreng dan mee serta hidangan dim sum di mana anda boleh menikmati dahulu sebelum sajian hidangan utama. Pastikan anda menjengah ke bilik airnya yang mempunyai dekorasi dinding yang cantik serta bait-bait puisi karya Dylan Thomas. Paling penting, sapu tangan yang bertulis ‘Kiss Me, I’m Chinese’ mampu membuatkan memori anda di sini lebih manis.
 
Kunjung
Sebelum pulang, singgah dahulu di pameran Tate Modern yang mempamerkan pelbagai koleksi seni moden dari abad ke-20. Bangunan muzium ini adalah pada asalnya milik stesen jana kuasa minyak Thames. Berseronoklah anda di sana kerana tiada cas dikenakan dan jika lapar, di sana juga terdapat restoran yang menyediakan menu makanan moden British yang pasti memukau selera. Kunjungi website mereka untuk mengetahui info lanjut tentang pameran tersebut.
 
 

See also
Abadikan Momen Valentine Bersama Ronan Keating